Lembah Sedang kawasan agropolis

 2005.07.31


Lembah Sedang kawasan agropolis





kawasan

Sejajar dengan pendekatan pertanian baru yang dilahanakan kerajaan sekar 啷多ヒ皿

hasil tanaman dan Sebagainya. Dan hasil itu pula berkualiti yang bukan

Oleh Misiah Taib

SERDANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengisytiharkan kawasan Lembah Serdang seluas 2,400 hektar sebagai kawasan Agropolis, sejajar dengan pendekatan pertanian baru yang dilaksanakan kerajaan seka-rang.

Pemilihan kawasan Lembah Ser dang, kata Perdana Menteri sesuai dengan kedudukan kawasan itu yang menempatkan banyak institut penyelidikan ter masuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi); Universiti Pertanian Malaysia (UPM)? Jabatan Pertanian, Taman Teknologi Malaysia dan Lem-baga Koko Malaysia.

“Dengan adanya Mardi, UPM dan rakan-rakan bisnes lain, kita boleh gabungkan satu rangkaiaii kerjasa-ma untuk mewujudkan kawasan ag-ropolis di Lembah Serdang yang akan menjalankan kajian secara bersepa-du dalam usaha memperkasakan sek* tor pertanian/* katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Showcase Biobisnes Mardi 2005 di sini, semalam.

Pendekatan pertanian baru ke

arah meningkatkan hasil dan kualiti pertanian kata beliau, harus bermula dari makmal, yang mana segala biji tanaman, buah, baja dan sebagainya harus bermula di makmal.

Perdana Menteri berkata, kecang-gihan teknologi maklumat (ICT), bio-teknologi dan nanoteknologi harus dieksploitasi sepenuhnya bagi mem: perkasakan sektor pertanian,

Pada sidang media selepas itu Ab-duHah berkata, dulu cuma ada pertanian tradisional dan selepas itu kerajaan perkenalkan pula pertanian moden dengan menggunakan kaedah lebih baik, tapi hari ini beliau mahu memperkenalkan pula pertanian baru.

“Sekarang saya nak cakap tentang pertanian baru yang berasaskan te-pada pendekatan dari makmal penyelidikan ke pasaran,

"Penyelidikan yang akan dapat me-nambah lagi hasiL,hasil ternakan,

saja boleh dijual di pasaran secara segar tetapi hasilkan produk-produk yang ditambah nilainya,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan pendekatan pertanian baru itu telah dibuk-tikan oleh negara lain seperti Be-landa, yang walaupun mempunyai kawasan pertanian terhad, tetapi mampu menjadi antara pengeluar makanan terbesar di dunia.

"Kalau kita dulu biasa capai ke-cemerlanagan, melalui RRI (Institut Penyelidikan Getah) bagi industri ge-tah, dan kita biasa capai kecemer-langan melalui penyelidikan Porim (Institut Penyelid汰an Kelapa Sawit Malaysia) bagi kelapa sawit, kita bo: leh juga capai kecemerlangan bagi sektor pertanian baru kita (melalui kerjasama Mardi, UPM, Jabatan Pertanian dan institusi-institusi berkai-tan),” katanya.

Abdullah berkata perkara itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana Malaysia kini mempunyai teknologi baru yang boleh diguna pakai untuk

SEGAR: Abdullah dan Muhyiddin melihat buah-buahan yang dipamerkan selepas merasmikan Showcase Biobisnes Mardi 2005, semalam.

コ9ON一臣<1SUJE -9エ蚤

tujuan berkenaan,

Beliau juga mengarahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya memberi tumpuan kepada penyeli-dikan menghasilkan nilai tambah kepada buah-buahan tempatan yang terlalu banyak.

“Durian misalnya banyak di ne-gara kita, tapi kita tidak boleh ber-harap ia akan memberi pulangan lu-mayan hanya dengan menjual buah segar. Kita perlu buat penyelidikan bagaimana nak buat produk lain da ripada durian yang boleh dipasarkan ke luar negara^ katanya.