PM sasar Pengurus dana dunia

 BH_2005-09-07


PM sasar Pengurus dana dunia






Malaysian Global Roadshow ke London, New Ifork promosi pasaran modal

Oleh Hishamuddin Ann

UALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi k akan memulakan pelan agre-sif minggu depan bagi memperhe-batkan promosi Malaysia sebagai buah negara yang selamat dan pro-duktif untuk menanam modal.

Perdana Menteri akan mengetuai satu delegasi yang turut disertai to-koh korporat tempatan menerusi tu siri jelajah di London pada 12 September dan New York, keesokan-nya.

Kumpulan sasar utama rombo-ngan berkenaan, menerusi jelajah yang dinamakan 'Malaysian Global Roadshow' itu ialah sebilangan pengurus dana paling berpengaruh di dunia.

Abdullah akan membawa bersamanya cerita kejayaan Malaysia yang mungkin masih kurang diperjelaskan di luar negara - perihaI sebuah negara yang memiliki pertahanan padu terhadap sebarang bentuk kegawatan ekonomi.

la turut berkisar kepada penon-jolan Malaysia sebagai negara yang boleh bergantung kepada m inyak dan gas serta minyak sawit apabila sektor pembuatan dan perkhidmatan menunjukkan tanda-tanda mengala-mi kelembapan,

Turut serta dalam delegasi itu ialah Pengarah Urusan Khazanah Na-sional Bhd, Datuk Azman Mokhtar; Pengarah Urusan YTL Corporation Berhad, Tan Sri Dr Francis Veoh; pemilik Usaha Tegas Sdn Bhdt Tan Sri Ananda Krishnan; Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay; Ketua Eksekutif Commerce International Merchant Bankers (CIMB), Datuk Nazir Razak; Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Datuk Ahmad Zubir Murshid; Ketua Eksekutif Kumpulan

AirAsia Bhd, Datuk Tony Fernandes dan Naib Presiden Petronas, George Ratilal.

Sasaran mereka, menerusi ikhtiaiT ECM Libra dan Merrill Lynch itu ialah 40 pengurus dana di London dan New York yang mewakili seba-hagian daripada syarikat pelaburan utama dunia,

Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003, Abdullah sudah melakukan la-watan ke beberapa negara dan me-nemui pengurus dana untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) bagi sektor tertentu*

Kini, Perdana Menteri berasa ma-sanya sudah tiba untuk memperhe^ batkan promosi pasaran modal Malaysia atas beberapa sebab.

Selepas hampir dua tahun mene-

rajui kerajaan, Abdullah percaya be-Hau berupaya menambat kepercaya-an menerusi perubahan sektor awam, termasuk transformasi sya-rikat berkaitan kerajaan (GLC) un-tuk memperkukuh seruannya kepa-da pengurus dana asing supaya me-ngalihkan tumpuan ke Malaysia.

Pada 29 Julai lalu, Abdullah me-lancarkan program Transformasi GLC Sebagai Pemangkin Kemajuan Pembangunan Malaysia sebagai se-bahagian usaha kerajaan memaju-kan pembangunan serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

,Ketika ini, GLC membentuk 36 p+ ratus daripada pasaran permodalan di Bursa Malaysia atau lima peratus daripada keluaran negara dengan

LIHATMUKA


memberi pekerjaan kepada kira-kira 400,000 orang.

Selaln itu, dengan tambatan ring-git dimansuhkan, pengurus dana asing dilihat lebih mudah untuk me-nanam modal di negara ini. Pada masa lalu, mereka sering menjadikan tambatan berkenaan sebagai hala-ngan.

Kunjungan Abdullah juga dilaku-kan ketika beberapa negara jiran memperhebatkan promosi pasaran modal mereka.

Siri jelajah itu juga sebagai usaha memperjelaskan kepada pengurus dana asing bahawa Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang me-miliki kestabilan pohtik, tetapi kaya dengan sumber asli.

"Kekukuhan ekonomi Malaysia bu-kanlah cerita yang lazim diperde-ngarkan, Malaysia terbina seperti sebuah Boeing 747. Jika satu enjinnya mengafami masalah, ia masih ber-upaya meneruskan penerbangan dengan lancar; kata satu sumber.

Tokoh korporat yang menyertai rombongan Perdana Menteri akan turut memainkan peranan mereka.

Antara isu yang bakal disentuh ialah pembaharuan untuk menjadikan GLC lebih telus dan bersifat serantau, potensi sektor peruncitan di negara ini dan bagaimana rakyat Malaysia memartabatkan sesete-ngah syarikat tempatan sebagai ber-taraf dunia.