Orang Melayu di Singapura
Budaya, Ekonomi, dan Ideologi
Tania Li
Penteijemah
Abdul Rahman Haji Embong
SYNERGY
BOOKS INTERNATIONAL
Diedarkan oleh :
S. Abdul Majeed & Co
7, Jalan 3/82B, Bangsar Utama, off Jalan Bangsar,
59000 Kuala Lumpur.
Diterbitkan oleh :
FORUM
11, Jalan 11 / 4E 46200 Petaling Jaya. Selangor
© Forum, 1995
Hakcipta terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian buku ini
dalam apa jua bentuk dan teknik
secara elektronik, fotokopi, mekanik
dan Iain-lain s
ebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada penerbit
ISBN:983-876-010-2
Dicetak oleh :
Pencetakan Sooriya
94, Jalan Raja Bot, 50350Kuala Lumpur.
Kepada bapa saya, yang mencintai Singpura dan
orang-orangnya, dan kagum dengan pencapaian-pencapaian mereka
PRAKATA
Satu keterangan tentang konteks dan kaedah
penyelidikan adalah penting kepada pembaca sebuah kajian sosiologi mahupun
antropologi. Ini kerana ia merupakan satu-satunya komunikasi langsung di antara
pembaca dengan penyelidik, yang lazimnya menjadi 'halimunan' di dalam teks.
Setiap karya terpengaruh oleh prakonsepsi teoretis dan kaedah penyelidikan yang
digunakan oleh penulisnya. Kajian-kajian yang secara luas didasarkan pada
bahan-bahan yang diperolehi daripada orang ramai dalam konteks inter-aksi
langsung dan takformal cenderung untuk lebih banyak dipengaruhi oleh
unsur-unsur tambahan dan peribadi. Justeru kerana itu, satu keterangan ringkas
tentang penyelidik dan proses penyelidikan perlu dikemukakan.
Penyelidikan lapangan dan pengumpulan data
untuk kajian ini dijalankan di Singapura di antara April 1983 dan November
1984. Selepas masa per-mulaan yang digunakan untuk mempelajari bahasa, semua
keija ini dijalankan oleh penulis dengan menggunakan bahasa Melayu. Singapura
ialah sebuah masyarakat bandar di mana kira-kira 80 peratus penduduk tinggal di
bangunan-bangunan flet yang tinggi dengan pintu berkunci. Pemerhatian di
pinggir jalan atau secara sambil lalu tentu sekali bukan satu sumber data yang
produktif, lebih-Iebih lagi tentang persoalan isirumah. Pelbagai teknik telah
digunakan dalam usaha untuk memahirkan diri dengan kehidupan harian keluarga
Melayu Singapura.
Data isirumah dikumpul dengan memadukan
cara-cara separuh formal clan juga takformal. Daripada sampel sebanyak 70 buah
isirumah, data asas diperolehi tentang sejarah peribadi, asal usul subkumpulan,
komposisi isirumah, pendidikan, pekeijaan, pendapatan, belajawan bulanan,
keanggotaan persatuan, dan ikatan-ikatan kejiranan. Data-data ini biasanya
diperolehi daripada surirumah semasa siang hari ketika suami keluar bekerja,
sebagai sebahagian daripada strategi untuk memastikan perspektif kedua-dua
wanita, dan juga lelaki, dapat dikumpul. Sesetengah isirumah dihubungi melalui
cara perkenalan; tetapi, risiko bias atau keberatsebelahan dalam pemilihan
isirumah begini terbukti begitu besar. Maka pendekatan yang lebih berani iaitu
mengetuk pintu secara langsung tanpa memberitahu terlebih dahulu telah digunakan.
Kedudukan penyelidik sebagai seorang ibu muda bangsa kulit putih tidak
mengancam, malahan menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan para surirumah
Melayu dan menyebabkan mereka bersedia menjemputnya serta menjawab
soalan-soalannya. Sebagai imbalannya, mereka sering mengajukan soalan-soalan
yang sama juga terhadap penyelidik tentang struktur dan hubungan keluarga
penyelidik, dengan demikian menjadikan 'interviu' itu lebih merupakan semacam
proses saling bertukar pengalaman.
Setelah interviu permulaan yang bersifat
tinjauan, interviu selanjutnya diadakan dengan para suami isirumah yang dipilih
untuk kajian lanjut. Untuk ini, pita rakaman digunakan, dan pihak yang
diinterviu diminta untuk menceritakan riwayat hidup masing-masing. Teknik ini
menghasilkan penceritaan antara setengah jam hingga tiga jam. Rakaman ini
kemudian dicatat dan menjadi data tentang latar belakang peribadi dan keluarga,
peng-hijrahan, sejarah pekeijaan, serta persepsi mengenai peluang-peluang
hidup, cita-cita dan halangan-halangan. Sungguhpun penyelidik tidak
membangkit-kan isu-isu etnik atau politik secara langsung, isu-isu ini menjelma
dalam penceritaan itu sama ad a sebagai ulasan umum, ataupun sebagai contoh
khusus yang dikemukakan sendiri oleh yang empunya cerita. Tiga puluh riwayat
hidup diperolehi dan dicatat.
Hubungan yang lebih mendalam telah dijalin
dengan kira-kira 30 daripada 70 isirumah yang dikaji. Ini dilakukan dengan
lawatan yang kerap dan takformal serta penyertaan dalam pelbagai kegiatan,
dengan demikian, membuka peluang untuk bercakap dengan ahli-ahli keluarga yang
lain di samping memerhati interaksi di dalam dan di luar isirumah berkenaan.
Oleh kerana isirumah-isirumah itu dipilih daripada setiap kumpulan sepuluh
orang jiran, adalah mungkin untuk memerhatikan dan mendengar cerita tentang
hubungan di antara jiran-jiran tersebut yang semuanya memang sudah biasa dengan
penyelidik. Jiran-jiran isirumah yang dipilih meliputi pelbagai kumpulan
pendapatan dan tinggal di tempat-tempat berlainan di kota. Ini bertujan untuk
memastikan pendedahan kepada isirumah daripada semua jenis latar belakang.
Sepuluh isirumah dipilih dari sebuah kampung di Pasir Panjang, 40 dari
Queenstown yang tinggal di flet berbilik satu dan tiga, manakala 20 lagi dari
Bedok yang tinggal di flet berbilik dua dan lima.
Data-data lambahan mengenai sejarah dan
asa] usul orang Melayu Singapura diperolehi daripada interviu dengan
orang-orang tua di beberapa buah kampung. Data mengenai pemiagaan dikumpul
melalui rakaman interviu dengan 30 orang usahawan dalam syarikat-syarikat yang
berdaftar secara rasmi, serta 20 orang tuanpunya perusahaan tidak rasmi.
Rencana-rencana khas dalam akhbar Melayu tentang pemiagaan memberikan maklumat
tambahan; di samping itu, perbincangan-perbincangan juga diadakan dengan ahli-ahli
Dewan Perniagaan Melayu. Data tentang perceraian diperolehi melakii pemerhatian
selama tiga minggu di Mahkamah Syariah di samping perbincangan dengqn
sesetengah pegawai mereka. Data mengenai elit Melayu diperolehi melalui interviu
dengan Ahli-Ahli Pariimen Melayu, wartawan, guru, serta pemimpin dan ahli
pertubuhan-pertubuhan pendidikan, kebudayaan dan agama orang Melayu. Penyelidik
juga menghadiri satu kursus agama selama tiga hari untuk siswa-siswi Islam
serta satu seminar tiga hari tentang masalah orang Melayu yang dihadiri oleh
200 orang pemimpin Melayu pada bulan Oktober 1985.
Masa empat bulan digunakan untuk mengumpul
data-data statistik clan lain-lain data sekunder di perpustakaan Universiti
Kebangsaan Singapura dan Institut Pengajian Asia Tenggara. Perhatian yang
teliti diberikan kepada peristiwa-peristiwa semasa serta perdebatan yang
terclapat dalam akhbar-akhbar utama berbahasa Inggeris dan Melayu. Peluang juga
diambil untuk membincangkan isu-isu ini dengan anggota masyarakat Melayu dengan
tujuan untuk meniiai hubungkait di antara persoalan Melayu dan persoalan
NasionaL Bahan-bahan bercetak berhubung dengan tinjauan, kempen, mahupun
seminar di kalangan masyarakat Melayu dalam tempoh dua dasawarsa yang lampau
diperolehi oleh penyelidik daripada koleksi peribadi para peserta ataupun para
penganjur.
TANIA LI
Universiti Dalhousie
Halifax, Canada
Ogos 1988
PENGHARGAAN
Buku ini didasarkan pada disertasi
kedoktoran yang dikemukakan kepada Jabatan Antropologi Sosial, Universiti
Cambridge, pada tahun 1986. Keija lapangan dijalankan di Singapura dari April
1983 hingga November 1984. Penyelidikan ini dibiayai oleh Majlis Penyelidikan
Ekonomi dan Sosial British, dengan dana tambahan diperolehi daripada King's
College, Cambridge, Evans Trust serta Smuts Fund. School for Resource and
Environmental Studies di Universiti Dalhousie di mana saya bertugas sekarang,
menyediakan dana bagi persiapan manuskrip untuk penerbitan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada
penyelia-penyelia ijazah kedoktoran saya, Alan Macfarlane dan mendiang Barbara
Ward, atas minat mereka terhadap usaha saya serta sokongan sepenuh hati mereka
untuk projek ini. Para ahli akademik Singapura yang membantu saya dengan
cara-cara praktikal dan dengan meluangkan masa untuk membaca dan membincangkan
penemuan-penemuan awal dalam penyelidikan ini ialah John Clammer, Sharon
Siddique, Vivienne Wee, Normala Manap, Suriani Suratnam, Mariam Ali, dan Pang
Keng Fong. Kedua-dua pemeriksa tesis saya iaitu William Wilder dan Leo Howe
telah memberikan kritikan yang bermanfaat yang mem-bimbing proses kajian semula
untuk penerbitan.
Saya sungguh terhutang budi kepada suami
saya Victor Li, ibu saya Anita, mertua-mertua saya, dan ramai penjaga anak saya
atas sokongan dan dorongan mereka, serta kerana membantu saya menjaga satu,
dua, dan kemudian tiga orang anak saya yang lahir dalam masa yang sama dengan
kelahiran buku ini. Victor juga memberikan nasihat editorial yang berharga dan
mempunyai satu perspektif yang skeptis dan justeru itu merangsangkan terhadap
antropologi secara umum, dan karya saya secara khusus.
Hutang budi saya yang terbesar ialah kepada
keluarga-keluarga Melayu Singapura, ahli-ahli perniagaan dan para pemimpin
masyarakat Melayu yang dengan murah hati meluangkan masa dan pengetahuan mereka
untuk menyumbangkan kepada penyelidikan ini. Kebanyakan mereka bercakap kepada
saya atas dasar rahsia dan tidak mahu nama mereka disebut. Ini sama ada kerana
maklumat yang mereka berikan itu begitu peribadi sifatnya, ataupun kerana
kebimbangan mereka bahawa penyelidikan tentang masyarakat Melayu, tanpa kira
apa tajuk mahupun tujuannya, mungkin akan dianggap sebagai *sensitiF. Adalah
menjadi harapan tulus saya bahawa buku ini, yang mengemukakan perspektif orang
luar terhadap proses-proses budaya, ekonomi dan ideologi, dapat menghuraikan
sesetengah isu dan menyumbang-kan secara positif kepada perbincangan di
kalangan masyarakat Melayu mengenai masa lampau dan masa depan mereka. Saya
yakin para pembaca Melayu dan pembaca-pembaca lain akan dapat menyedut dan
menafsirkan bahagian-bahagian yang mereka dapati berguna berdasarkan pengertian
dan keperihatinan mereka yang sudah sedia wujud, sama seperti saya, sebagai
seorang pemerhati, terlibat dalam satu tindakan memberi interpretasi sambil
memerhatikan dan cuba memberi makna kepada setu bentuk kehidupan.
Perhatian
Semua rujukan kepada nilai dolar yang
digunakan dalam teks dan jadual yang dilampirkan adalah berdasarkan nilai dolar
Singapura tahun 1982-3, kecuali apabila dinyatakan sebaliknya.
KANDUNGAN
Prakata
Penghargaan
Jadual
Pendahuluan
BAHAGIAN I — BUDAYA, EKONOMI, DAN ISIRUMAH
1.Kerangka Konsepsual: Urusan Isirumah dan Kekeluargaan
Melayu
Urusan Isirumah
Kekeluargaan, Komodifikasi, dan Hadiah
2.Keanggotaan Isirumah dan Hak Kepenggunaan
Keanggotaan Isirumah
Hak-Hak Kepenggunaan
3.Urusan Isirumah: Suami dan Isteri
Tanggungjawab Pemberian Nafkah dan Keija Rumah
Kekurangan Belanjawan dan Agihan Ganjaran
Tenaga Keija Rumah Tangga: Komoditi yang Dinilai
Rendah
Pembahagian Harta: Ekonomi yang Berasingan dan Imbangan
Kuasa
Urusan Isirumah: Warisan Budaya Melayu dan Undang-Undang
Islam
Perceraian
4.Urusan Isirumah: Ibu Bapa dan Anak-anak
Penjagaan Terhadap Anak Kecil
Ibu Bapa dan Anak-anak yang Bekeija
Ibu Bapa dan Anak-anak Perempuan yang Belum Berkahwin
Ibu Bapa dan Anak-Anak Lelaki yang Masih Bujang
Wewenang dan Aliran Pemberian
Ibu Bapa dan Anak-Anak: Masa Tua
Tempoh Hidup Seseorang dan Soal Akhirat
Sentimen Kekeluargaan dan Nilai Anak-Anak
5.Hubungan Urusan Isirumah dan Pcngcmbangan
Sumber-sumber Ekonomi
Keselamatan Individu dan Pemberian Harta Pusaka
Pelaburan Ibu Bapa untuk Anak-Anak: Tanah dan
Pendidikan
Isirumah Melayu dan Usaha Perniagaan
BAHAGIAN II — MENSTRLJKTURKAN AMALAN: DIFFERENSIASI
BUDAYA DAN EKONOMI DI SINGAPURA 1959-1984 123
Pengenalan kepada Bahagian II
6.Terbentuknya Masyarakat Melayu Singapura
Pola Penghijarahan dan Penempatan
Sentimen Etnik dan Perkembangan Bentuk-Bentuk Budaya
Baru
7.Orang Melayu dalam Sistem Ekonomi dan Pendidikan
Nasional
Kedudukan Ekonomi Orang Melayu dan Cina Sebelum 1959
Kedudukan Ekonomi Orang Cina dan Melayu 1959-1980
Penyertaan Tenaga Keija dan Saiz Isirumah
Keusahawanan
Diskriminasi
Agihan Peluang dan Ganjaran dalam Ekonomi Nasional
Sistem Pendidikan Nasional
Orang Melayu dan Pendidikan
8.Asas Budaya bagi Pcmbezaan Kelas
Kesan Keadaan Luaran ke Atas Bentuk Isirumah
Perasaan Kelas dan Pencapaian Mobilili Sosial
Individu dan Masyarakat: Warisan Budaya
Kelas dan Hirarki di Depan Orang Cina
9.Keusahawanan Melayu
Jurusan Orang Melayu di Bidang Keusahawanan
Keusahawanan dalam Masyarakat Melayu
10,Konteks Persaingan: Urusan Isirumah dan Keusahawanan
Masyarakat Cina
Isirumah Cina
Keluarga dan Perniagaan Orang Cina
BAHAGIAN III — BUDAYA, EKONOMI DAN IDEOLOGI
Pengenalan untuk Bahagian III
11.Budaya, Ekonomi dan Ideologi
Budaya dan Kemunduran Orang Melayu: Perkembangan Pandangan
Ortodoks
Pembezaan Ekonomi dan Ortodoksi Budaya dalam Tahun
1980-an
Ideologi di Singapura: Huraian-Huraian Budaya tentang Ketaksamaan
Struktural
12.Kesimpulan
Bibliografi
Index