‘Patuhi piawaian halal' Pak Lah saran neraga Islam utamakan keselamatan dan mutu makanan supaya dapat tembusi pasaran

 2005.07.29


‘Patuhi piawaian halal' Pak Lah saran neraga Islam utamakan keselamatan dan mutu makanan supaya dapat tembusi pasaran








Pak Lah saran negara Islam utamakan keselamatan dan mutu makanan supaya dapat tembusi pasaran global

Oleh Misiah Taib dan Nurul Hazren Masitom

SERI KEMBANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, se-mua negara Islam perlu memberi ke-utamaan kepada keselamatan dan mutu makanan halal yang dikeluar-kan, di samping memenuhi piawaian bertaraf dunia.

Pengerusi Pertubuhan Persida* ngan Islam (OIC) itu berkata, ia pen-ting bagi membolehkan produk makanan halal dari negara Islam mam-pu menembusi pasaran di seluruh dunia.

Malah katanya, langkah menga-daptasi piawaian bertaraf dunia yang diguna pakai negara maju akan memberi jaminan kepada pengguna bukan saja makanan yang dikeluar-kan itu adalab halal, tetapi juga se-lamat dimakan.

Bagi Malaysia katanya, kerajaan akan terus meningkatkan piawaian halalnya supaya sentiasa selari ali-ran semasa, khususnya dalam pa-saran makanan global.

“Mulai tahun depan, Kementerian

i I Halal juga sudah menjadi tanda aras untuk kualiti dan keselamatan, sehingga peningkatan kesedaran di kalangan pengeluar bahawa sijil halal yang sah amat pen ting sebagai nilai tambah di kebanyakkan pasaran dunia"

Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri

Pembangunan Usahawan dan Kope-rasi akan memainkan peranan uta-ma menyokong Pameran Antara-bangsa Halal Malaysia (Mihas)/1 ka-tanya dalam ucapan perasmian Mi-has 2005 di Pusat Pameran dan Kon-vensyen Antarabangsa Malaysia (MI-ECC) di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Pameran itu turut disertai wakil dari Arab Saudi, Australia, Bangla-

FAKTA

Pameran Antarabangsa Halal Malaysia (Mihas)

Dibuka sehingga 31 Julai

5.0 gerai pameran

15 negara

Pameran terbesar dunia

Anjuran Yadim dan Matrade

desh, Brazil, Iran, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam, Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu, Pa-lestin dan Bosnia.

Perdana Menteri berkata, Mihas bertindak sebagai penyelaras dan pe-mangkin untuk semua rantaian de-ngan mempertemukan dan mengbu-bungkan pengeluar produk halal dari seluruh dunia.

Katanya, tahun lalu, piawaian ha-lai Malaysia MS1500:2004 dilancar-kan di Mihas 2004 dan piawaian berkelas dunia yang pertama itu sudah dikemukakan kepada anggo-ta Akademi Fiqh OIC pada bulan lalu.

“Dengan perundingan dan pene-rangan lebih lanjut, MS1500 diyakini boleh menjadi piawaian halal untuk semua negara anggota OIC; kata-nya.

Beliau berkata, inisiatif baru juga akan dilaksanakan untuk Mihas ta-hun depan, dengan penganjuran dua acara tambahan iaitu Pesta Makanan Halal Kuala Lumpur dan Forum Halal Dunia, yang akan menghimpun-kan pemimpin korporat industri halal dari seluruh dunia. /