BH_2005-09-07
Tunpu inovasi: PM
Penjenamaan dan kepemimpin叩 giri Deming untuk bersaing
inovasi serins diberi tumpuan khu- i ' '
Oleh Misiah Taib
UALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ber-kata, kerajaan akan berusaha memastijkan semua idea bernas yang dikemukakan oleh rakyat Malaysia mendapat sokongan sewajarnya un-
tuk dibangunkan.
Perdana Menteri berkata, usaha itu penting kerana langkah berke-naan dapat membantu menggalak-kan inovasi di kalangan rakyat, se-terusnya menyumbang kepada pem-bangunan modal insan di negara ini.
uSaya mahu melihat satu keadaan yang membolehkan sesiapa saja yang mempunyai sebarang idea didengar manakala idea bernas yang dikete-ngahkan, mendapat sokongan sumber sewajarnya untuk dibangun-kan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Kepemimpi-nan Global di sini semalam. Forum dua hari itu dianjurkan Foundation for the Future, sebuah badan pe-mikir antarabangsa dan Yayasan
Kepimpinan Perdana.
Antara tokoh terkemuka yang ber-ucap pada majlis itu ialah bekas Ke-tua Pakar Ekonomi Bank Duniat Joseph Stiglitz; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ma-nusia pertama ke bulan, Neil Armstrong.
Turut dijadual berucap ialah pe-menang pertama siri televisyen The Apprentice, Bill Rancic; penga-rang Sun Tzu's Art of War, Ching Ning Chu; Pengerusi British Telecom, Sir Christopher Bland dan Menteri Luar Singapura, George Yeo. t
Perdana Menteri berkata, inovasi, penjenamaan dan kepemimpinan adalah tiga ciri penting yang perlu ada bagi sesebuah negara seperti Malaysia untuk berdepan dunia yang penuh persaingan-
Tiga tema itu kata Abdullah, adalah lambang kepada tuntutan yang perlu dipenuhi oleh Malaysia dan setiap negara membangun lain yang bercita-cita untuk berjaya dalam era yang penuh cabaran.
Abdullah berkata, soal pentingnya
sermg diberi tumpuan khu-susnya terhadap negara yang me-langkah daripada kegiatan berasas-kan tenaga buruh kepada kegiatan berasaskan teknologi.
Bagaimanapun, katanya, tanpa pengiktirafan dan keyakinan anta-
Asas kepada inovasi ini ialah kreativiti manusia. Modal insan adalah satu-satunya
sumber inovasi dan
kelebihan jangka panjang yang dimiliki oleh sesebuah negoraf/
Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri
rabangsa, permintaan untuk apa ju-ga produk inovasi akan menjadi ter-had dan inovasi ataupun penjenamaan juga tidak akan berjaya tanpa kepemimpinan menyediakan wawa-san serta daya gerak.
Katanya, persoalan mengenai inovasi melangkaui pendidikan, kerana ia inembabitkan nilaL sikap, pemi-kiran dan budaya.
Sehubungan itu Abdullah berkata, satu daripada wawasannya ialah untuk berusaha menghapuskan kebim-bangan atau perasaan takut gagal dan d汰ritik serta menyokong pemi-kiran yang kreatif.
^Kebimbangan untuk gagal dalam mencuba sesuatu yang baru adalah isu budaya. Kebimbangan ini menge-kang inovasi di semua peringkat, di, bilik darjah, di tempat kerja, di uni-^ versiti dan di agensi kerajaan," ka-7 tanya.
Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, usaha menyemai sikap se-demikian di kalangan masyarakat cli negara ini hanya dapat dilakukan secara berperingkat dan bukannya sekelip mata.