要求列华文为官语不可能 巫文每日新闻专访李孝友

   沈慕羽资料汇编(二)石在火不灭 ——语文运动、团结运动、茅草行动


要求列华文为官语不可能

巫文每日新闻专访李孝友

19656250

 

Bahasa China Rasmi? - Mustahil, kata Menteri Muda

 

Menteri Muda Pelajaran dan Setiausaha Agong MCA, Tuan Lee Siok Yew berkata hari ini bahawa ada-lah mustahil untok menjadikan bahasa China sa-bagai salah satu bahasa rasmi di-negeri ini.

 

Kata-nya: Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sa-bagai bahasa rasmi yang tunggal Sa-bagai Setiausaha Agong MCA saya berpendapat bahawa ada-lah menjadi kewajipan seluroh anggota MCA untok mematohi perlembagaan negara.

 

Perlembagaan negara wajib-lah di-anggap sa-bagai sa-buah kitab suchi yang tidak sa-harus-nya di-pinda2 dengan tidak menentu.

 

Tuntutan

 

Beliau berkata demikian waktu di-minta mengulas tuntutan Pemuda MCA Muar dua tiga hari yang lalu yang mengingini supaya bahasa China di-jadikan salah satu bahasa rasmi dan di-masokkan dalam Perlembagaan Negara.

 

Tuntutan itu ada-lah satu perkara yang mustahil. Namun bagitu, sa-bagai sa-buah parti yang demokratik MCA tidak boleh menahan ahli2-nya daripada membuat sa-barang tuntutan, tambah Tuan Lee.

 

Sambong-nya: Tugas kami ia-lah untok memperhatikan seluroh warga negara mematohi perlembagaan negara. Kita tidak sa-mesti-nya melampaui batas2 yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

 

Tuan Lee juga telah di-tanya mengenai shor Menteri Pelajaran, Inche Mohamed Khir supaya lembaga pengurus bagi tiap2 sekolah di-negeri ini di-anggotai oleh semua kaum.

 

Chadangan

 

Jawab-nya, shor itu ada-lah perkara yang sangat baik tetapi mungkin tidak dapat di-laksanakan di-sa-tengah2 tempat untok masa ini.

 

Untok menggalakkan perasaan berbaik sangka antara kaum, chadangan itu ada-lah baik. Tetapi yang menjadi kesulitan untok melaksanakan-nya, kata Tuan Lee lagi, ia-lah sa-tengah2 tempat yang hanya di-diami oleh satu kaum sahaja.

 

Umpama-nya sa-buah sekolah kebangsaan yang terletak di-hulu2 tentu tidak akan dapat menchari orang China untok dudok dalam lembaga pengurus-nya.

 

Bagitu juga sa-buah sekolah jenis kebangsaan China yang berada di-sa-buah kampong baharu China, tentu susah untok mendapatkan orang Melayu dudok dalam lembaga pengurus-nya.

 

Chadangan Inche Khir mungkin dapat di-laksanakan sa-chara beransor2," kata-nya lagi.

 

Mengenai papan2 tanda nama pada sekolah? jenis kebangsaan di-terangkan-nya bahawa ada-lah menjadi tujuan Kementerian Pelajaran untok menggunakan dua bahasa pada papan2 tersebut.

 

Ada shor

 

Tiap2 papan tanda nama itu akan menggunakan bahasa kebangsaan di-samping bahasa pengantar yang di-gunakan pada sekolah2 yang berkenaan, kata-nya.  

 

Sedikit masa dahulu, kata-nya lagi, memang ada shor Kementerian supaya hanya bahasa — kebangsaan sahaja di-gunakan pada papan2 tanda ® nama semua sekolah.

 

Tetapi itu hanya-lah shor sahaja bukan-nya merupakan arahan, tegas-nya. 

 

Dan sekarang soal menggunakan    Bahasa kebangsaan sahaja pada papan2    tanda nama    itu .

sudah tidak timbul lagi, kata-nya.

 

1965625日《Berita Harian》)