TEKNOLOGI MODEN DALAM BIDANG PENGANGKUTAN
NUal yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Ini;
a. kesyukuran
b. bertanggungjawab
c. kasih 粕yang
d. kepekaan
f. bekerjasama
Kesan Teknologi Moden Dalam
Pengangkutan
Objektif Pen^ajaran dan Pemhelajaran
Pada akhir pelaja^an ini, pela/ar dapat;
a. mampu membincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi moden dalam pengangkutan
b. menerangkan jenis pengangkutan awani yang berpotensi dimajukan di negara ini
c. membincangkan sumber-sumber tenaga yang menggerakkan potensi pengangkutan awam di negara ini
d. mengetahui perkembangan penggunaan teknologi moden dalam pengangkutan
e. mengenali sumbangan kemajuan teknologi pengangkutan kepada ekonomi negara
1. MEMBACA DAN MEMAHAMI
Baca petikan di bawah dengan kemudian jawab soalan-soaian berikut dengan menggtmakan pcrkataan anda sendin.
Kepe satan pembangunan, pertambahan pctempatan yang berselerak, pertambahan bilangan penduduk, dan pcningkatan jali nan infrastniktur mcmpakan sebahagian daripada punca pcnyumbang kepada kcmunculan pclbagai jenis pengangkutan sama ada pengangkutan persendirian atau pengangkutan awam. Si stem pengangkutan di Malaysia bermula daripada pengenalan perkhidmatan bas pada tahun 1935 oleh General Transport Company milik British, disusuli pula perkhidmatan kereta api, perkhidmatan teksi, perkhidmatan bas ekspres hinggalah kepada pengenalan komuter, Sistem Kereta Api Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, dan sistem penerbangan berkos rendah AirAsia. Walau bagaimanapun, masalah pengangkutan masih tidak dapat mcncapai titik pcnyelcsaian. Malah, pelbagai bentnk pembaharuan dilakukan bagi menarik minat orang ramai terhadap pengangkutan awam, termasuklah menawarkan perkhidmatan yang selesa, mu rah, dan pantas ke destinasL
2
Salah satu daripada teknologi pengangkutan yang diperkcnalkan oleh Kereta Api Tanah Melayu Bcrhad (KTMB) ialah komutcr. Pada awalnya, laluan projek ini hanya bermula dari Kuala Lumpur kc Seremban, ke Pelabuhan Klang, dan kc Rawang, tetapi kini telah dipcrpanjang ke Gemas di selatan Semenanjung Malaysia dan ke Tanjung Malim, ke Ipoh dan ke Alor Setar di utara Semenanjung Malaysia, Namun demikian, perkhidmatannya yang terbatas menjadikannya mengalami kesesakan dan kepadatan seperti ikan sardin, terutamanya pada waktu puncak sama ada semasa musim perayaan, waktu pergi bekeija atau balik dari bekeija, Komuter digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik dan cara ini dianggap dapat melindungi alam sekitar daripada tercemar, berbanding dengan kenderaan yang menggunakan minyak petrol. Namun demikian, keadaan ini akan lebih merumitkan pengguna komuter sekiranya bekalan elektrik terputus untuk tempoh yang lama dan menyebabkan mereka tersadai beijam-jam lamanya di stesen-stesen komuter.
Seterusnya, pengenalan Kereta Api Rel Penghubung Ekspress (ERL) dari Stesen Sentral di Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kereta Api Transit Aliran Ringan (LRT) dari Sentul ke Kuala Lumpur, ke Sri Petaling, dan ke Ampang, dan monorel dari Kuala Lumpur Sentral ke Bukit Bintang, dan ke Titiwangsa dianggap sebagai kemudahan alternatif untuk mengelakkan orang ramai daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya Keadaan lebih banyak dapat dimanfaatkan, terutamanya bagi mereka yang bekeija di kawasan perdagangan, perniagaan, dan perkhidmatan di Lembah Klang. Biarpun kos pembinaannya menelan perbelanjaan yang tinggi dan laluannya terbatas, namun usaha itu dilihat dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan menjimatkan masa orang ramai ke tempat kerja masing-masing, (Jsaha ini dapat disinonimkan dengan peribahasa kalau tidak dipccahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Langkah berani sektor swasta AirAsia Bcrhad, Firefly Sdn. Berhad, dan Malindo Airway Sdn. Berhad dalam menceburi Sistem Penerbangan Kos Rendali (LCC) memhuahkan kejayaan yang mengagumkan. Sejak awal pelancarannya hingga kini, pelbagai promosi telah diadakan dan dijangka dapat memecahkan monopoli Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) sebagai syarikat penerbangan utama. Kadar tambang yang murah, pelbagai jaringan pcndaratan, dan layanan yang mesra menjadikannya sebagai syarikat penerbangan pilihan dan mengatasi pergantungan orang ramai terhadap MAB. Usaha (erbaharu AirAsia Berhad
3
menyediakan penerbangan ke Mekah sudah tentu dapat menggalakkan orang ramai, terutamanya penganut Islam untuk mengerjakan haji kecil di sana. Jadi, jelaslah bahawa pengenalan pelbagai jenis teknologi pengangkutan mampu mengubah landskap kehidupan manusia khususnya di negara ini.
Keperluan anjakan paradigma dalam transform as i pengangkutan awam menyebabkan kcrajaan mcngambil inisiatif tersebut untuk mcmpcrkcnalkan teknologi pengangkutan moden yang canggih, moden, selesa, dan seJamat. Di samping itu, pelbagai teknologi akernatif pengangkutan moden ini turut dikaitkan deng an usaha melestarikan pembinaan kawasan hijau atau bandar hijau Lantaran itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden kini menjadi nadi penting dalam memperkasakan persekitaran yang bersih. Pergantungan pad a kcnderaan yang menggunakan sumber bahan api fosil dapat dielakkan dan menyelamatkan al am sekitar daripada torus tercemar.
Di samping itu, teknologi pcmbuatan kcnderaan di Malaysia kini memasuki fas a baharu dengan menghasilkan teknologi pengangkutan moden yang dapat men)amin keselamatan pemandu, penumpang, dan alam sekitar. Penggunaan kereta hibrid dianggap sebagai kereta masa depan kerana mampu menjimatkan bahan api dengan berkesan dan pada masa yang sama hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah, Sehin itu, beberapa jenis teknologi lain telah dihasilkan bagi melindungi keselamatan pemandu seperti peranti yang dikenali sebagai Pengesan Kemalangan (Safety Sense) mcmaparkan gabungan beberapa ciri keselamatan seperti Sistem Prakemalangan (Pre-Collhian System) yang menggunakan kamcra dan sensor untuk mencegah pclanggaran yang tidak dijangkakan oleh pemandu, Selain itu, pengenalan Amaran Lorong Berlepas (Lane Departure Alert) pula menggunakan kamera untuk memastikan bahawa pemandu memandu dalam lorong yang betul dan jika tersasar, peranti tersebut akan memberikan amaran kepada pemandu agar memasuki lorong pemanduan yang betul itu semula,
Selain itu, Bantuan Tanda Jalan (RoadSign Assist) yang menggunakan kamera digunakan untuk mcmantau had laju pemandu. Sekiranya pemandu mcmandu melcbihi had laju yang ditetapkan, peranti tersebut akan memberikan amaran kepada pemandu untuk mcmpcrlahankan kcnderaan sehingga kelajuan yang selamat, Lampu Tinggi Automatik (Automatic High Beam) pula menggunakan kamera untuk melihatkeadaan traiik pada waktu malam. Jika tiada kenderaan lain, peranti itu secara automatik akan menggunakan lampu tinggi untuk memberikan
4
penglihatan yang lebih jelas kepada pemandu, Pengenalan Sistem Pemosisi Global atau Global Positioning System (GPS) dan Kantung Udara Penampan Kemalangan atau (Airbags) merupakan sebahagian daripada inovasi teknologi moden,
Antara ciptaan teknologi pcngan^kutan mo den
Teknologi Prakemalangan (Pro-Collision Technology)
Kantung Udara Penampan Kemalangan (Airbags)
Sistem Pemosisi Global (Global Positioning System -GPS)
Komunikasi Kenderaan ke Kenderaan (Vehicles To Vehicles V2V Communications)
Pengesan Kemalangan (Safely Sense)
Kamera Perakam Perjalanan Kereta (Car Video Camera Recorder)
5
Biarpun pelbagai gajet dan aksesori pengangkutan moden dihasilkan, bilangan korban kemalangan jalan raya bertenisan meningkat. Sebarang perubahan dalam tcknologi pengangkutan di Malaysia hcndaklah mcngutamakan keselamatan pemandu, penumpang dan orang ramai, ibarat kata peribahasa bagai menarik ramhut dalam tepung, rambut jangan putus, dan tepung jangan terserak.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10. pcranti-alat
IL terserak一tersebar 散乱
J—
disusuli — dickori, diikuti 随着 transit 一 perhentian 转站 terbatas - terhad, terkawa! 限制 waktu puncak - masa sibuk 繁忙时段 mcmmitkan - mcnyukarkan 使到复杂 altematif 一 pilihan, opsyen 选择 dimanfaatkan - digunakan 被充分利用 membuahkan — menghasilkan 产生 mcmantau 一 mengawasi 监视
Soalan Kefahaman
L Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
(a) titik penyelesaian
(b) haji kecil
2. Apakah faktor-faktor penyumbang kcpada kemunculan pelbagai jenis pengangkutan di negara ini?
3. Nyatakan syarikat yang telah merintis penerbangan kos rendah di Malaysia.
4. Mengapakah kereta hibrid dianggap sebagai penggunaan kereta masa dcpan?
5. Pada pcndapat anda, apakah sumbangan kcmajuan tcknologi pengangkutan da lam pembangunan negara?
2, MENDENGAR DAN BERTUTUR
2.1 Aktiviti Sumbang Saran
Lihat gambar-gambar di bawah, berikan jenis sumber tcnaga, kawasan sumber tenaga diperolch dan kepentingan sumber tenaga tcrsebut. Kemudian, bentangkan hasil dapatan dal am kumpulan.
7
2.2 Aktiviti Main Peranan
Bcntuk beberapa kumpulan dan lakonkan suasana di dalam sebuah bas. Mainkan peranan sebagai watak pemandu bas, konduktor bas, dan penumpang. Kandungan perbualan hendaklah berkaitan dengan perkembangan kemudahan ba$ dari dahulu hinggalah sekarang.
3. MENUUS
Ohjektif Pengajaran dan Petnhelajaran
Pada akhir pelqjaran ini, pelajar dapat;
a. menguasai teknik penulisan perenggan pendahuluan
b. mengetahui jenis pendahuluan yang menarik dalam penulisan
c. menulis perenggan pendahuluan dengan ayat yang menarik dan gramatis
3.1 Perenggan Pendahuluan Karangan Jenis Perbincangan
3.1.1 Pengenalan
> perenggan pendahuluan dianggap sebagai kepala sesuatu esei
> perenggan ini merupakan pernyataan dan penegasan tajuk karangan yang dipilih
> mesti mempunyai kesinambungan dengan isi-isi seterusnya
> kepanjangannya lebih kurang 50 patah perkataan
> terbina daripada tiga atau empat ayat tunggal atau ayat majmuk
8
3.2 Jenis Pendahuluan Karangan Jenis Perbincangan
3.3 Contoh Jenis Pendahuluan Karangan Jenis Perbincangan
3.3.1 Jenis Petikan Pendapat Sarjana / Karya llmiah
Soalan: Pengurusan masa belajar yang berkesan
Menurut Profesor Di raja Ungku Abdul Aziz, kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung pada kebijaksanaan mereka merancang penguru san masa belajar sebelum menjelang peperiksaan, Hal ini termasuklah pengagihan masa untuk tidur, berehat, menelaali pelajaran, membuat latihan pengukuhan, perbincangan kumpulan, dan membuat nota. Kesemua perkara ini perlu dilaksanakan secara berdisiplin dan tidak dilakukan sambil lewa sahaja kerana perbuatan sedemikian bagai melepaskan batuk di tangga sudah tentu tidak akan membuahkan kejayaan yang cemerlang.
9
3.3.2 Jenis Iklan
Soalan: Kcsan-kcsan gejala sosial dalam kalangan rcmaja
Paparan iklan yang bertajuk 'Jauhilah Din Anda Daripada Zina' melalui media massa saban hari sedikitpun tidak meninggalkan kesan kepada segelintir remaja. Malah, terdapat sesetengah daripada mereka mempersendakan iklan berkenaan dan terus terlibat dalam seks bebas. Tindakan itu tel ah mendedahkan diri mereka ke kancah penyakit berbahaya, sumbang mahram, pengguguran serta pembuangan bayi, dan terdedah kepada tangkapan pihak berkuasa syariah.
3.3.3 Jenis Definisi
Soalan: Budaya kepenggunaan dalam kalangan masyarakat
Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan dan perkhidmatan dalam kehidupan sehari-hari, Sementara itu, budaya kepenggunaan pula merujuk kepada kesedaran pengguna terhadap hak-hak mereka bagi mcngelakkan diri daripada penyelewengan dan penindasan para peniaga, Akibat kedangkalan masyarakat tentang hak pengguna itu, mereka kerap menjadi mangsa penipuan dari segi harga barangan, timbangan, sukatan, tarikh luput barangan, dan penggunaan bahan-bahan terlarang dalam makanan dan minuman mereka.
3.3.4 Jenis Persoalan
Soalan: Punca-punca kemurungan mempengaruhi tindakan ganas seseorang individu
Mcngapakah seseorang belia tergamak membunuh ahli keluarganya semata-mata kerana hal remeh? Tidak adakah sekelumit perasaan simpati dan belas kasihan dalam diri mereka terhadap rayuan yang dibuat oleh mangsa agar tidak dibunuh? Persoalannya, adakah terdapat cara lain yang boleh diambil bagi menyelesaikan
10
masalah kemurungan yang berlaku dalam kalangan masyarakat? Adakah dengan cara mengambil nyawa sendiri atau menembak mati orang lain sudah bermakna masalah tel ah beijaya dibendung?
3.3.5 Jenis Gambaran
Soalan: Sumbang mahram petanda kcpada kcruntuhan institusi keluarga
Seorang kanak-kanak perempuan memberitahu ibunya bahawa bapanya tel ah melakukan pcrbuatan tidak senonoh tcrhadap dirinya. Malangnya, ibu kanak-kanak itu menuduh anaknya itu sengaja mereka-reka cerita untuk memburuk-burukkan nama baik suaminya yang di sangka sebagai seorang yang warak. Lantas, wanita itu terus memukul anaknya tan pa menyiasat. Tidak lama kemudian, secara tidak sengaja, wanita itu tel ah melihat sendiri pcrbuatan keji suaminya itu. Namun demikian, ibu ini tidak dapat menebus kesilapan yang telah berlaku kerana nasi sudah menjadi bubur dan bi ar air mata darah mengalir keluar sekalipun keadaan ini telah menjadi kenyataan.
3.3.6 Jenis Peribahasa
Soalan: Perpaduan asas pcmbentukan masyarakat majmuk di Malaysia
Peribahasa Melayu mcnyatakan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat yang bermaksud kesepakatan dalam sesuatu hal dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Salah faham masyarakat tcrhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan tafsiran perlembagaan dan kebebasan hendaklah diatasi melalui dialog dan pcrbincangan meja bulat. Jangan kita membiarkan salah faham itu berpanjangan kerana Iuka itu boleh bemanah kemudian menjadi barah yang lama-kelamaan akan membentuk persengketaan dan dendam.
11
337 Jenis Dialog
Soalan: Amalan menabung pclaburan masa hadapan yang bcrkesan
“Luqman Hakim, simpan duit yang diberikan oleh nenek kamu tadi di dalam tabung,” suruh Puan Adibah. *'Bu, boleh atau tidak Man gunakan du it ini untuk mcmbcli alat permainan dektronik?" Rayu Luqman Hakim kepada ibunya. "Tak payahlah Luqman, simpanlah duit itu untuk kegunaan pada masa hadapan nanti. Amalan ini perlu Man teruskan sampai bila-bila masa kerana kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit,M terang Puan Adibah lagi. Bcrdasarkan dialog di atas, jelaslah kepada kita bahawa ibu bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menggalakkan budaya menabung dal am kalangan anak mereka,
3.3.8 Jenis Cerita
Soalan: Pcngalaman yang sukar dilupakan
Kctukan pintu yang berulang kali pada tengah malam itu benar-benar menakutkannya. Dia mendiamkan diri, biarpun semua lampu rumahnya tcrpasang. Dia cuba mengintai dari celah langsir untuk melihat siapatah yang berani mengetuk pintu rumahnya itu. Tiada kelibat manusia pun kelihatan. Dia semakin genientar dan tidak tahu berbuat apa-apa.包ahnya banyak kali berpesan kepadanya supaya men gunci pintu pagar mmah. Tapi entah mengapa hari itu dia benar-benar tcrlupa berbuat demikian.
Tiba-tiba ketukan itu berulang lagi.
12
3.4 Kaedah Penulisan Perenggan Isi Karangan Jenis Perbincangan
3.4.1 Pengenalan Perenggan Isi
• kebiasaannya isi karangan perhincangan terdiri daripada lima isi
• jika soalan karangan itu menanyakan dua bahagian, maka pecahan isi boleh dilakukan mengikut nisbah 3:2 atau 2:3
• setiap isi ditulis dalain satu perenggan
• setiap isi terdiri daripada fakta, huraian, contoh, dan ayat penyimpu!
• jumlah patah pcrkataan bagi setiap perenggan isi lebih kurang 50 hingga 70 patah perkataan
• terbina daripada lima hingga tujuh ayat tunggal atau ayat majmuk
• isi karangan yang menarik terdiri daripada beberapa ciri tertentu, terma^uklah penggunaan kosa kata yang menarik, pcngolahan yang mantap, penggunaan kosa kata, dan penanda wacana yang dapat menunjukkan kesinambungan isi
3.4.2 Jenis Penulisan Perenggan Isi
Jenis Penulisan Perenggan Isi
Jenis Dcduktif Jenis Induktif Jenis Elektif (Deduktif dan Induktif)
Isi Utama Huraian Isi Isi Utama
Huraian Isi Contoh/Bukti Huraian Isi
Contoh/Bukti Isi Utama Contoh/Bukti
Isi Utama
Penyimpul Penyimpul Penyimpul
13
3.4.2.1 Jenis Deduktif
Soalan 1: Usaha-usaha memajukan industri sukan di Malaysia
Isi Utama Penyediaan prasarana sukan bertaraf antarabangsa
Huraian Isi Kementerian Belia dan Sukan, pertububan-pertubuhan sukan, dan sektor swasta memperuntukkan perbelanjaan untuk membina dan menyediakan prasarana sukan di negara ini.
Contoh/Bukti Penyediaan velodrom untuk lumba basikal, pembinaan padang balapan untuk acara olahraga, gimnasium untuk acara gimnastik, dan padang hoki astorturf.
Penyimpul Penyediaan prasarana sukan memainkan peranan penting dalam tnemajukan industri sukan di Malaysia.
Salah satu langkah untuk memajukan industri sukan di Malaysia adalah dengan penyediaan pelhagai prasarana sukan bertaraf antarabangsa. Usaha ini boleh disinonimkan dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Lantaran itu, Kementerian Belia dan Sukan, pertubuhan-pertubuhan sukan, dan sektor swasta berperanan untuk memperuntukkan perbelanjaan untuk menyediakan prasarana berkenaan. Antara prasarana yang dimaksudkan ialah pembinaan velodrom untuk acara lumba basikal, penyediaan padang balapan untuk acara olahraga, penyediaan padang hoki astorturf; dan gimnasium untuk acara gimnastik. Jelaslah bahawa penyediaan prasarana sukan memainkan peranan penting da lam memajukan industri sukan di Malaysia.
Soalan 2: Kcsan positif kemasukan pckerja asing di ncgara ini
Isi Utama Mengisi kekosongan pekeijaan yang ditinggalkan oleh rakyat tempatan
Huraian Isi Mantan PerdanaMenteri MalaysiaTun Dr. Mahathir Mohammad mendakwa bahawa di negara ini lab i my a kecenderungan peketjaan mencari pekeija dan bukannya pekeqa mencari pekeijaan. Peluang pekeijaan di negara ini lebih banyak tertumpu dalam sektor kolar biru berbanding dengan sektor koi ar putih yang menjadi piliban graduan universiti tempatan dan luar negara di negara ini.
14
Contoh/Bukti pedadangan, pembinaan, perkhidmatan, dan perindustrian
Penyimpul Kemasukan pekeija asing dapat menangani masalah kekurangan guna tenaga di negara ini.
Kerajaan tcrpaksa mcmbcrikan laluan kepada pekcrj a asing untuk mengisi kekosongan pekeijaan yang ditinggalkan oleh rakyat tempatan. Hal ini berkaitan dengan sikap rakyat yang terlalu memilih pekeijaan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad mcndakwa bahawa di negara ini wujudnya kecenderungan pekeijaan mencari pekeija dan bukannya pekeija mcncari pekeijaan. Suasana ini boJeh disamakan dengan peribahasa pcrigi mencari timba, Peluang pekeijaan di negara ini lebih banyak tertumpu dalam scktor koi ar bim bcrbanding dengan sektor kolar putih yang menjadi pilihan majoriti graduan. Antara sektor yang menawarkan peluang pekerjaan ialah perladangan, pembinaan, perkhidmatan, dan pcrindustrian. Oleh itu, kemasukan pekeija asing dapat menangani masalah kekurangan guna tenaga di negara kita.
3.4.2.2 Jenis Induktif
Soalan 1: Sehab-scbab harangan huatan Malaysia tidak diutamakan
Huraian Isi Keghairahan masyarakat tempatan membeli barangan luar negara kerana kualiti dan jenama barangan berkenaan, diilcuti pula dengan keyakinan bahawa barangan itu lebih baik daripada barangan tempatan, Pembelian barangan ini juga merupakan lambang atau simbol kedudukan masyarakat, terutamanya masyarakat bandar.
Contoh/Bukti barangan perabot dari Itali dan Indonesia, barangan tembikar dari England dan China, barangan kulit dan pakaian beijenama dari Perancis
Isi Utama Pembelian barangan import dari luar negara
Penyimpul Pembelian barangan import ini akan mcrendahkan keyakinan rakyat tempatan terhadap barangan buatan tempatan.
Keghairahan masyarakat tempatan, tcrutajnariya golongan kaya suka membeli dan mengumpulkan barangan luar negara kerana mereka mempercayai harangan berkenaan lebih berknaliti dan berstatus tinggi. Selain itu, barangan begenama ini dianggap lebih baik daripada barangan tempatan. Malah, pembelian barangan luar negara dianggap sebagai lambang atau simbol kedudukan dalam masyarakat
15
lervmrranya muymkut band” Pc市mm ncrekn mi fcqlen dik^irknn dcn(^.n pfribaha^a a'ah membfli mei*ng nienidkai Anura あ間四顼 1倾 negsja ,ang UmiEii 商ah peR>tX>i dan J.a|:加。InSlk机!!, b^r-tnjpc lembiMr Jan En)hn4 dan Oiinj. dnn bmngmn kulit <Ea pakn^n berjeraEa d?ri P;r;n;i« *ep?ni Chaiuiel, 3 Versaw. Fanoniena im carjadi akiba: bueaya pembelun bat&ug£u import 4Em mssy apk^i kni Ltni^riTi ku. p<;Qb^l>an bxEngon impcn im nkxn meimahkan k;yakman rakyji lemp^Un k巾adsprandan bud^nrempsien
SoiJm)2: PuMApun<akr»ujiid»ajetiayihpt«ntrdag^it^an iumus岫dl
Hu,sm 侦 Sejeie/igal: ^sdjt ie/petdaya 〇:eh la^atan kebeiukan <kn.att_i mcm$ jo Ionian 'Aw»nj Hifnn-' Pe/leinjan brmuh dacipad» lamau SB»aitg hhi與aleli pdQunipadA d:srurkin di l^inpih!<rmpl( yang befpfdij. しantae n dヤ』obui okn h.idwh-nadiah 加g Icnay^r- *cpem p^ka:an dui aktesoii be^jeiiams. wang niii&i, meMncong ;e Iwt ne呻ユ.〈味 4リ。6低"tmn W4>nila n'-cnyebabkai nicrexi n^buk cabm b]«j)i J»n>d$i
Ci>nl<jh/Rukti «ijad'kan ゝeldai l.mggan貫'i un:uk mengedtr dadah X luar 脆gara d* mejijadi pelacut kela» pt-n^ma di luat r.egata
lU Ltaina luwif^r kebeJIthdC diA jJnj i-jiinji th£Ai> pih^k C2Ce nCu
Ay»l Pciiyjidpul Ma»yara.<ais JcHu«u>j)ya eo'.ongin 製dis pedu kerhaci-hati <«ng,»n jenji mcni$ dnn iwamr. krnc>*iihnn wperf•如血》 juillllh i:U.
SfM:ceLigah g,dis kmpalaji lerpercayadciigan ca^a/an kcbendvaa dan Jan i maris ^Lilpr^an l$r*.ejlu. lerulanisya 'Aweng RiUm' Pti^emuan lid^k hngs'.mg beHaki; d雨"n Iman se;Nmng «osi^l hing^alah p^nemcan b«rj«nin'Ka diaiiekan di lej^pai-lempat ya^g berpe^iii. Pads, petingkac awal, gteka di la灼i wpcrt: put;n tsp LaniaRi: dikchbm pkh hadmh yang lumaynn Kpcn: p:ikwn Jan ak^rscm ber.irnama, *a)g 1uJiai.」淮囱虻ong ke bar Kgara sens lebih ftierahk 1。臥 Miireka akan dijudikaji teman wacuin kepada g。如乂诳 ini Akihai maSk da lorn ohm Or.Usi mi. s;$«tcngn'n 事dm dij^d)k>vi kddni njnp^^ng^n uiluk nicngcdailui dadak 1c lua/ jic^aca Jan ^icniad: pdacut kclas pcdama d< lu^r roR,e Bebcraps 叩邸 Rkyai Malaysia yan* diuhj>n di < hin«. Hor^ Korg, Aurika, dan di Auglis msmbulnkan Wa*a mere'<« 3山は卜 scbahagiin darjpada eい驼 pemM岫sgtan znuiia yaag d-.kabun dengan k;beniJncn dnn pm -;anji mar,i$ pihik icrrcnm Glch Hu. rriisyiink^i. xhustsnyj gcJungan gadjゝ pcilu bcrlialj-h&1j den的i jmiji myitis dan Is^aten Lcmzahw MpeH: dung Tuni-ih Uu
16
1.423 Jens £ekl'Qfdukli'Mrl Deeuktf
Soslan 1: Pkiiynaun d,dah nienitiiiv pad»li kcpa(1u j«i mudj
Ui L'larnn Pcnj"inbil<>r- UuHnh mcblu!「crkun苔 ルn jarvm snnukan
H”函"hi H ampic &J pc”晾 p;naj-h dudah 心!)r di nc(UT4> mi <lij«r.|ckiti peny»kil Smorom Kureiig Of Ta麋。Mel,*an Penyakii 1 A)D$j berpunca danpjes perkongiianjamm «unnkan dadah. Ksbnay.ikon jarvn «unUk^n mi Hdnj> d:cuci dongg o«cai: pen止 jnuhJ. ibnan ScbshsgHii 如創 pemg ib cii uueggaksji jmm ミuniiS 心:1“ b“"i:,|plir. ti:nJ«mMny« du<J^h yang merrang $ud»h dijengki:' penyakk berk<naan
Conlolj.''Buk[i MerunU Persaiuan MfKfgah Dadah \1jhvtij (PEWADAMI, me/eka yang dij^ngki:: penyakic AIDS akibat peKg^unaan jorum simUkan im txnuin nnrnr^ )5 sun hm就a JO i^hnn
hi Ut»n»s* Ptujnmbihr- dodnh mrWu.;aru^i sunUknn ndak dibn^mi Luman ini infmba^a cisiko yang lebih dahsyat betbandxg f^Agan plincu jatn.
Aval Penjjfnpul {jOliin^an muda h£ndaklah mtrnjauhkan din mertka datipada dad&l* im krran? dadah mam叫•nennmhkan 5adi:p ■Ti^jiiisia.
SaJah i&m puiea penhi典細 kadax pcsakit A[DS di negara ini discbabkan pleh peripm'nlan 由由:i m:la:ci peHong^an jsrum sunnk^n Jhmpir f4) p<rsius penagi:)dadah UgB* di xgg mi <ijanjki|i peny^ki: Sindrjm kgr.g Days Laban Malawajt PanyaJcjr(AJDSi yang b^rpunea daripadi pe如agmn jarvni «unMk^r dad*h K收nyakan jarvm &»n;ikiin ini nd?.k dicnci de呼.n cceau patibunuk kuinan. Scbahagi8,1 bc$a< 沖a^止 ini i»e曲jnava” jmuni mih:: k an xcm be;^ilir-|iliT. leiuianiMiiya p^n-i^ih dewh yunjf mnnunu Mid」h dija 哩k”i psnyaku btrt:ensan Menunn Pey r Me*Kegah Dadah Malaysia IPEMaDaMI. i^reJca ya:)u drangkm penyakit A[DS axibat 沖ggumm pmm smiVlt an mi txni^in sn inra IStahur hingg。MlMhun Pcrjwni tilnndadihnicln lui jaium sumiLan > mng lidak dbasmi 1 liman ini nemba 丘a ci&iko yang lebih c 3hs?at t^fba/idih^ diiA^an pcnCi bin Oleh iHj, 乂ulonsan hirhdaklah m^r.jjilhk^n din merekndingJa no. i* dgh <ni Vernn^ d?c«)h Eamw FEnnihkan印Eadi;n manujia
17
Soalan 2: Mewujudkan masyarakat hermaklumat mclalui teknologi maklumat
Huraian Isi Pengenalan jalur lebar atau Wifi
Contoh/Bukti Pelbagai pendekatan diambil oleh kerajaan bagi membolehkan rakyat menguasai maklumat. Pengenalan komputer semata-mata tidak memadai tanpa adanya sesawang internet. Sesawang ini hanya dapat diakses melalui pancaran jalur lebar yang aktif. Kini, orang ramai bukan sahaja dapat menerima pancaran internet melalui komputer tetapi juga melalui telefbn bimbit mereka. Pelbagai maklumat positif dan negatif dapat diperol eh pcngguna melalui pancaran jalur lebar berkenaan, Memang tepat sekali kenyataan yang mengatakan bahawa kita boleh mendapatkan maklumat hanya di hujung jari tanpa sempadan.
Isi Utama pelancaran jalur lebar secara percuma daripada kerajaan di tempat-tempat awam seperti hospital, sekolah, university di premis pemiagaan, di taman rekreasi, dan di tempat keija
Ayat Penyimpul Pengenalannya membolehkan rakyat mengetahui isu yang berkaitan dengan pelbagai bidang merangkumi ekonomi, politik, sosial, pendidikan, dan kebudayaan.
Kerajaan telah memperkenalkan jalur lebar atau Wifi untuk kepentingan orang ramai sebagai agen penyebaran maklumat. Pelbagai pendekatan diambil oleh ke询aan bagi membolehkan rakyat menguasai maklumat. Pengenalan komputcr scmata-mata tidak meniadai tanpa adanya sesawang internet. Sesawang ini banya dapa.t diakses melalui pancaran jalur lebar yang aktif. Kini, orang ramai bukan sahaja dapat menerima pancaran internet melalui komputer tetapi juga melalui telefbn bimbit mereka. Pelbagai maklumat positif dan negatif dapat di perol ch pcngguna melalui pancaran jalur lebar bcrkenaan. Mcmang tepat sekali kenyataan yang mengatakan bahawa kita boleh mendapatkan maklumat hanya di hujung jari tanpa sempadan, Pelancaran jalur lebar secara percuma daripada kerajaan di tempat-tempat awam seperti hospital, sekolah, universiti, di premis perniagaan, di taman rekreasi, dan di tempat ketja memudahkan semua pihak. Pengenalannya membolehkan rakyat mengetahui isu yang berkaitan dengan pelbagai bidang mcrangkumi ckonomi, politik, sosial, pendidikan, dan kebudayaan. Oleh itu, orang ramai hendaklah menggunakannya secara berhemah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam kehidupan mereka.
18
3.5 Contoh Karangan Lengkap
Soalan - Kemalangan jalan raya di ncgara ini lebih banyak disumbangkan oleh faktor pcngguna jalan raya. Bincangkan.
Hampir setiap hari berita-berita kemalangan jalan raya tersiar pada dada-dada akhbar dan skrin televisyen. Semakin bertambah lorong, semakin banyak prasarana ditingkatkan, dan semakin canggih kenderaan yang dicipta sedikit pun tidak dapat mengekang pertambahan bilangan kemalangan jalan raya. Mengapakah fenomena ini masih berlanjutan? Di manakah akar umbi kejadian ini?
Sikap pengguna jalan raya yang menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan menjadikan jalan raya bukannya temp at yang selamat, Namun demikian, pengguna jalan raya tidak mempunyai pilihan. Kebiasaannya, pemandu kereta atau penunggang motosikal berkuasa tinggi kerap terbabit dalam kemalangan jalan raya. Mereka memandu dengan cara yang tidak selamat dan memhahayakan pemandu-pemandu lain. Perbuatan mereka itu menjadikan pengguna lain berasa cemas, terutamanya apabila kenderaan mereka dipotong secara tiba-tiba, dihon ketika memandu kurang daripada had laju atau menekan brek kecemasan untuk mengelak daripada terbabit dalam kemalangan. Oleh itu, pengguna jalan raya hendaklah berhemah ketika berada di jalan raya dan dan berusaba sebaik mungkin untuk mengelakkan tragedi kemalangan yang mengorbankan nyawa.
Kemalangan kerap juga berlaku lantaran daripada pengguna jalan raya yang memandu kenderaan mereka tanpa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu memandu kereta mereka tanpa memastikan jarak yang selamat. Keadaan ini lebih mencemaskan apabila salah sebuah kereta yang berada di hadapan menekan brek secara tiba-tiba. Pemandu yang berada di belakang tidak dapat mengelak dan akhimya terlanggar kereta di badapan itu. Kadangkala kejadian ini membabitkan bcbcrapa buah kenderaan yang lain. Kesan kcrosakan bergantung pada kuat atau perlahannya daya hentakan kereta semasa kemalangan itu. Fenomena ini juga akhimya menyebabkan pemandu-pemandu lain menerima bahana kemalangan jalan raya. Oleh itu, para pemandu hendaklah memastikan jarak kenderaan mereka dengan kenderaan lain berada dalam jarak yang selamat.
19
Satu kerlipan mata mampu meragut nyawa bukan sahaja seorang tetapi juga sebuah keluarga. Hargailah nyawa anda dan keluarga anda, serta nyawa orang lain, Kejadian kemalangan jalan raya yang meragut lebih 85 orang nyawa pemandu dan pcnumpang di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) pada tahun 2015 sepatutnya menjadi pengajaran. Cepat sampai ke destinasi tidak berbaloi sekiranya anda dan keluarga anda terkorban di jalan raya atau di lebuh raya. Biar macam mana cekap dan berpengalaman sekalipun seseorang pemandu itu, mereka perlulah mempunyai rehat dan tiduryang mcncukupi. Lantaran itu, semua pengguna jalan raya hcndaklah mempunyai keadaan fizikal dan emosi yang stabil sebelum memulakan pegalanan sama ada untuk jarak dekat atau untuk jarak jauh. Oleh itu, keadaan fizikal kereta yang baik tidak memadai sekiranya pengguna jalan raya mengalami ketidakstabilan emosi dan keletihan semasa memandu.
Selain faktor pengguna jalan raya, bilangan kemalanganjuga berpunca daripada pengabaian pemilik kenderaan yang tidak peka akan keadaan kenderaan, Mereka tidak mcnghantar kenderaan mereka untuk diselia secara berkala. Sesetengah pemandu meremehkan perkara tersebut terutamanya ketika memulakan petjalanan jauh sama ada balik ke kampung atau pergi bercuti. Akibatnya, terdapat kenderaan yang terhenti secara tiba-tiba atau rosak di tengah-tengah jalan yang sibuk. Hal ini boleh menyebabkan kenderaan lain melanggar mereka secara berturutan. Oleh itu, pengguna hendaklah menghantar kereta mereka untuk diselia di bengkel kereta dan jangan mengamalkan sikap beijimat yang akhirnya merugikan diri dan keluarga.
Keadaan fizikal jalan raya yang tidak selamat boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Contohnya, jalan yang berbonggol, berliku-liku, berlubang, tidak rata, dan berpasir boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Keadaan fizikal jalan raya yang daif itu turut mengundang malapetaka yang tidak disangka-sangka, Memang benarlah kata orang tua-tua bahawa malang itu memang tidak berbau. Walau apapun alasannya, kadar kemalangan masih dapat dielakkan sekiranya pemandu memandu secara berhemah. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab mengurus jalan raya perlulah memastikan faktor kedaifan fizikal jalan raya diatasi bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku.
Kesimpulannya, pengguna jalan raya hendaklah menghargai pembangunan pembinaan infrastruktur lebuh raya dan jalan raya sebagai satu kemudahan yang
20
ヽ
dapat memendekkan peijalanan, tempat yang selamat untuk berulang-alik, dan selesa digunakan pada setiap mass. Merekatidak seharusnya menjadikan kemudahan berkenaan sebagai jalan maut atau keranda bergerak. Lantaran itu, pengguna jalan raya hendaklah mcmandu secara bcrhemah dan selamat bak kata mutiara, pandu cermat, jiwa selamat.
Berda^arkan contoh karangan lengkap, kenalpa^tijenis isi utamat huraian isi, contoh dan huktit penyimpuL sena jenis yang telah anda pelajari yang terdapat dalam perenggan dua dan perenggan empat, kemudian lengkapkan jadual herikut.
Perenggan Dua Perenggan Empat
Jenis Isi
Isi Utama
Huraian Isi
Contoh/Bukti
Penyimpul
21
4. TATABAHASA
Objektif Pengajaran dan Pemh elajaran
Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengenal past! Kata Nama, penggolongan Kata Nama dan penggunaannya
b. mengenal i Ayat Dasar dan pembentukan Ayat Dasar
c. mengenali Pola Ayat dan pembentukan Pola Ayat
4.1 Morfologi
41.1 Kata Nama
H Kata Nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi bi naan Frasa Nama bagi mcnamakan orang, haiwan, tempat, benda, ataupun konscp.
# Yang bcrikut ialah bcbcrapa binaan Frasa Nama yang mcnunjukkan kcdudukan Kata Nama sebagai inti Frasa Nama dan pcrkataan-perkataan lain sebagai penentu dan penerangnya.
Contoh:
Frasa Nama
Penentu Kata Nama Penerang
beberapa orang mahasiswa jurusan undang-undang
semua kerbau di kandang
keempat-empat buah bas pelancong
# Kata Nama dalam frasa di atas menjadi unsur inti binaan setiap Frasa Namanya.
22
4.1.2 Penggolongan Kata Nama
4.1.2.1 Kata Nama Khas
Pcngenalan Kata Nama Khas # Kata Nama Khas mcmpakan mjukan khusus nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya # Huruf pertama Kata Nama Khas ditulis dengan hurufbesar # Kata Nama Khas dihahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
Jcnis Kata Nama Khas Kata Nama Khas Hidup Kata Nama Khas Tak Hidup (merujuk benda-benda khusus tetapi bukan hidup)
Kata Nama Khas Hidup Manusia Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
Contoh Fatimah, Lim Ah Ming, Profesor Ali (ada gelaran), Jibrail (malaikat), Tompok (haiwan), Ananas comosus (tumbuh-tumbuhan), Sang Kancil (kata panggilan/ gelaran) Melayu (bangsa), Jalur Gemilang (benders), Tan Sri (pangkat), Akta Kolej dan Universiti (undang-undang), Universiti Islam Antarabangsa (tempat)
23
4122 Kata Nama Am
Pengcnalan Kata Nama Am # Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara atau konscp umum # Contohnya: benda : kalam, kereta, komputer, pohon, orang perkara : iklim, cahaya, roh, udara, nafas konsep : kedamaian, perpindahan, keadilan # dibahagikan kepada kumpu I an-kumpu I an kec i 1 berdasarkan makna perkataannya
Jenis Kata Nama Am Kctcrangan Contoh
Kata Nama Am Hidup Manusia # perkataan yangmerujukkepadamanusia, iaitu bersifat hidup dan membawa maksud am guru, bayi, pelayan, penoreh, jutawan
Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia # perkataan yang menyuk kepada benda-benda hidup bukan jenis manusia dan mendukung nama am gajah, pokok, malaikat, syaitan, bunga
Kata Nama Am Tak Hidup Institusi # perkataan yang merujuk kepada badan atau institusi yang bersifat tidak hidup dan mendukung makna am. Kehadiran Kata Nama Institusi boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan kepada dan daripada sebelum Kata Nama institusi berkenaan sekolah, uni vers iti
Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit # Kata Nama jenis ini menjjuk kepada benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya kebanyakan Kata Nama dalam golongan ini merujuk kepada tempat dan didahului oleh ke dan dari pasar, pusat beli-belah
Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang # Kata Nama ini merujuk kepada benda atau perkara yang tak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang. Kata Nama jenis ini disertai oleh Kata Bilangan senyuman, pendapat
Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Tak Berbilang # Kata Nama ini merujuk kepada benda atau perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang iklim, hawa, semangat, angkasa, keseronokan
24
412,3 Kata Ganti Nama
# Pcrkataan yang menjadi pengganti Kata Nama Khas dan Kata Nama Am.
# Kata Ganti Nama boleh dibahagikan kcpada:
4.1.2.3.1 Kata Ganti Nama Tunjuk
*Kata Ganti Nama ini ialah perkataan yang menjadi pengganti Kata Nama dan mendukung maksud menunjukkan bcnda atau perkara yang dirujuk
*Kata Ganti Nama Tunjuk boleh dibahagikan kcpada dua, iaitu;
4.1.2.3.1.1 Kata Ganti Nama Tunjuk Urrum
Terdapat dua Kata Ganti Nama tunjuk umum, iaitu ini (inenunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pad a yang jauh).
Contoh: L Ini hasil nukilan penulis muda itu.
2. Itu buku biografi Pcndcta Za'ba.
412.3.1.2 Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat
Kata ganti jenis ini terdiri daripada sini (menunjuk padaarah dekat), situ (arah agak jauh) dan sana (arah jauh).
Contoh: 1. Sini tempat kita mengundi.
2. Situ gelanggang pcrjuangan kita,
3. Sana medan pertempuran askar kita dahulu.
25
4.123.2 Kata Ganti Nama Diri
*Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada dua golongan, iaitu;
4 12321 Kata Ganti Nama Diri Orang
Kata Ganti Nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu:
1. Kata Ganti Nama Diri Orang Pcrtama - saya^ aku, beta, patik, kami, kita
2. Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua — anda^ saudara^ engkau^ awak^ kamu
3. KataGanti Nama Diri Orang Ketiga — ia, dia, beliau^ mcreka^ -nya. Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga -nya boleh juga berfiingsi sebagai penekan dan pembenda.
4.12322 Kata Ganti Nama Diri Tanya
Kata Ganti Nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga bentuk Kata Ganti Nama Diri Tanya, iaitu:
1. apa — yang merujuk kepada benda atau perkara Contoh: Pendapat awak apa?
2. siapa 一 yang merujuk kepada orang
Contoh: Pengurus projek itu siapa?
3. mana — yang merujuk kepada benda atau orang Contoh: Buku tulisannya mana?
Kadang-kadang Kata Ganti Nama Diri Tanya bolch mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan.
26
Contoh:
apa menjadi apa-apa Contoh ayat:
Bawalah apa-apa yang ada. mana menjadi mana-mana
Contoh ayat:
Ambillah mana-mana yang anda suka. siapa menjadj siapa-siapa (sesiapa) Cnntoh ayat:
Siapa-siapa pun bolch bcrsuara.
4.2 Sintaksis
4.2.1 Ayat Dasar
Ayat yang menjadi dasar atau sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat lain dal am sesuatu bahasa.
Perhatian:
# Ayat Pcnyata dan ragam Ayat Aktif sahaja yang bolch menjadi Ayat Dasar.
422 PolaAyat Dasar
# Tcrdapat empat Pola Ayat Dasar, Lihat contoh berikut:
Jenis Pola Subjek Prcdikat
Pola 1 Frasa Nama (TN) Ali Frasa Nama (FN) guru.
Pola 2 Frasa Nama (FN) Adikku Frasa Kerja (FK) sedang tidur,
Pola 3 Frasa Nama (FN) Pegawai itu Frasa Adjektif (FA) sangat pandai.
Pola 4 Frasa Nama (FN) Pejabatnya Frasa Sendi Nama (FSN) di bandar Masjid Tanah.
27
# Ayat Das ar boleh menjadi ayat-ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks yang dikenali sebagai ayat tcrbitan.
# Lihat contoh di bawah.
Jenis Pola Subjek Predikat
Pola 1 Frasa Nama (FN) Ali Frasa Nama (FN) guru pakar di sekolah itu.
Paia 2 Frasa Nama (FN) Adikku Frasa Ketja (FK) sedang tidur di bilik bacaan.
PoJa3 Frasa Nama (FN) Pegawai itu Frasa Adjektif (FA) sangat pandai dan amanah.
PoJa 4 Frasa Nama (FN) Pejabatnya Frasa Sendi Nama (FSN) di bandar Masjid Tanah dalam Negeri Melaka.
Namakan Pola Ayat Dasar yang terdap at di bawah mengiha pola yang betul.
L Menara Burj al-khalifa bangunan yang tertinggi di dunia.
2. Penerbangan Malaysia Berhad(MAB) melebarkan sayapnya ke China.
3. Jambatan kcdua Pulau Pinang terpanjang di Asia Tenggara.
4. Rumah hartawan itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur,
5. AllahyarhamTunku Abdul RahinanPutra Al-Haj Bapa Kemerdekaan Malaysia.
4.2.3 AyatTunggal
# Ayat Tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat
4.2.3.1 Binaan Ayat Tunggal
# Ayat Tunggal ialah ayat yang tcrbina daripada dua bahagian, iaitu:
Subjek 一 babagian ayat yang diterangkan
Predikat 一 bahagian ayat yang menerangkan subjek
28
Contoh:
Subjck Prcdikat
Swee Lan pcnsyarah.
Dia jururawat terlatih.
Bercnang menyihatkan badan perenang.
Mereka sedang mandi di sungai?
Pasukan bola sepak kebangsaan kita bermain bersunggub-sungguh.
Kerani itu sedang mcnyemak in ven tori barang-barang di pejabat itu.
Seminar itu dihadih oleh intelek sahaja.
Azman telah ditauliahkan menjadi inspektor polis.
Encik Peter Chin amat jujur orangnya.
Encik Jailani seorang juruukur syarikat itu.
4.3 Peribahasa
Baca peribahasa di bawah dan fahami maksudnya.
Peribahasa Maksud Peribahasa
darah daging anak dan daripada ketuninan sendiri
Herat sama dipiku】,ringan sama dijinjing menanggung kesusahan dan kesenangan bersama-sama
meninggi diri sombong
baik hati bersikap baik dan penyayang (suka menolong sesama manusia tanpa mengira kedudukan)
tulang belakang punca kekuatan/kejayaan
29
Isi tempal kosong berikiit dengan peribahasa yang te/ah anda pelajari.
Setiap ibu bapa mempunyai impian agar_______________________mereka
betjay a dalam kehidupan, terutamanya dalam akademik dan keijaya, Lantaran itu, mereka bagai________________________________menyediakan pelbagai keperluan
bagi mencapai cita-cita mereka. Di samping perscdiaan kebendaan, anak-anak juga dilengkapi dengan sahsiah tcrpuji seperti________________________. Mereka
juga d11 arang________________________setelah memperoleh kejayaan dan lepas
tangan daripada menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka. Anak-anak dianggap sebagai____________________________kepada sesebuah keluarga.
5. SASTERA
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Pada akhirpelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengetahui tnaksud pantun
b. mampu menjawab soalan kefahaman dengan betul dan gramatis
c. mengaitkan kepentingan amalan dalam kehidupan
_ d. menyatakan aspek-aspek sastera yang terdapat dalam pantun
30
Pantun-Pantun Empat Kcrat (Budi)
Baca pantun dengan teliti. kemudianjawah stoalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda ^endiri. Sila mjuk kepada buku Antologi Harga Remaja, muka surat 5.
Maksud Pantun
Rangkap Pcrtama Pantun ini mcnyampaikan peringatan tidak langsung supaya kita mengenang jasa orang yang telah berbudi.
Rangkap Kcdua Orang yang sudah berbudi sering diingati dan mcnjadi sebutan atau perbualan masyarakat biarpun mereka telah mcninggal dunia.
Rangkap Kctiga Ja^a dan budi mereka akan sentiasa dikenang dan diingati. Biarpun sumbangannya kecil, budi bcrkcnaan tetap dihargai.
Rangkap Kccmpat Kasih yang berbalas akan meneruskan kesinambungan hubungan untuk jangka masa yang panjang hingga akhir hayat.
Tenia Pantun ini membincangkan budi yang terdiri daripada akal budi, budi bahasa, budi pekerti, dan budi bicara.
Pcr^oahn L ketinggian nilai budi 2. sikap dan atnalan mengenang budi 3. budi tetap rnenjadi sebutan dan bualan walaupun seseorang itu telah mcninggal dunia 4. hudi mengikat hubungan sessama manusia dan menjadikan seseorang itu bcrasa terhutang budi 5. budi yang sedikit akan tetap diifigati
Nilai L menghargai 2. keikhlasan
Pcngajaran L Kita hendaklah menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat bagi memclihara kcharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan. 2. Penerima sumbangan atau bantuan hendaklah menghargai jasa baik dan budi pemberi walaupun sumbangannya sangat kecil.
31
卜---------------------〇
Soalan Kefahaman
卜.....................-o
1, Terangkan maksud baris pantun bcrikut:
(a) resam di dunia juga disebut
(b) sebagai hutang seribu tahun
2, Apakah tema yang hendak disampaikan dalam pantun ini?
3, Mengapakah seseorang itu akan dikenang dan diingati masyarakat?
4 Nyatakan dua persoalan yang diketengahkan dalam pantun ini?
5. Berikan dua peribahasa yang sesuai yang boleh dikaitkan dengan amalan
masyarakat yang berbudi?
6. PENTERJEMAHAN
Objektif Pengujaran dan Pemhelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengetahui definisi penteijemahan
b, mengenali bentuk teks tetjemahan
6.1 Pengenalan
6.1.1 Definisi Penterjemahan
Pentcrjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitkannya scmula dalam bahasa lain.
Tujuan penteijemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (bahasa penerima) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (bahasa sumber).
6.1.2 Bentuk Teks Teqemahan
Terdapat dua bentuk teks terjemahan.
32
612.1 Teks terjemahan langsung
Teks ini membincangkan sesuatu secara terus tanpa menggunakan laras istilah yang menyukarkan pelajar untuk menteijcmahnya. Kebiasaannya teks teijcmahan ini hanya meminta pelajar menterjemah perkara yang tersurat dalam teks atau petikan teks bcrkcnaan.
6 1.2.2 Teks terjemahan laras atau bahasa teknikal
Kebanyakan teks atau petikan teks ini bukan sahaja mengandungi makna tersirat tetapi juga menggunakan laras bahasa baku dan teknikal. Antara laras teks itu ialah laras bahasa undang-undang, laras bahasa istana, laras bahasa teknikal, dan laras bahasa ekonomi.
5
村尸""一
A. Teryemahkan ayat bahasa Cina kepada ayat bahasa Malaysia.
Ayat Bahasa Cina Ayat Bahasa Malaysia
1.在学校,霸凌事件是ー个课 题吗?
2.研究已证明经常发笑对身体 健康带来好处。
B. lerjemahkan ayat bahasa inggeris kepada ayat bahasa Malaysia.
Ayat Bahasa Inggeris Ayat Bahasa Malaysia
1. Everyone, young or old would have read at least a couple of Reader's Digest Magazines.
2. Parents and adolescents sometimes find themselves in conflict when communicating. It could result in the child not talking to their parents.
33