学校为孩子存在,而不是为族群而存在
学校为孩子存在,而不是为族群而存在
近日,麻坡一所华小全校 22 名学生皆为原住民、零华裔生的新闻,引起社会关注。有人感叹华教式微,有人担忧华小前途,但若我们只把焦点放在“有没有华裔学生”,或许忽略了更重要的问题:学校存在的真正意义是什么?
教育的本质,从来不该由族群来定义,而应由孩子来决定。
哪里有孩子需要学习,那里就该有学校。
长期以来,华小被视为华裔子弟传承母语与文化的重要堡垒,这一点无可否认。然而,当社会结构改变、人口流动加剧、乡区华裔人口减少,若我们仍以“族群纯度”来衡量一所学校的价值,最终只会让学校在现实中逐渐失去生存空间。
麻坡培才华小的现象,恰恰给了我们一次反思的机会。
当一所华小在没有华裔学生的情况下,依然选择坚持办学,用心教导原住民孩子,这本身就是对“教育精神”最好的诠释。
语言是教育的媒介,而不是排他的门槛。
华文在这里,不再只是某一族群的象征,而成为帮助孩子认识世界、提升能力的工具。孩子通过华文学习知识、建立自信,学校通过教育给予他们改变命运的可能。这正是教育最纯粹、也最值得尊敬的模样。
如果一所学校只为某个族群而存在,那么当这个族群人数减少时,学校注定走向消失;
但如果一所学校是为孩子而存在,那么无论学生来自哪里、说什么语言,它都能继续被需要、被守护。
华教真正的价值,不在于“我们守住了多少人”,而在于**“我们照亮了多少孩子”**。
当华小愿意张开双臂,接纳不同背景的学生,它守住的不是标签,而是教育的初心;传承的不是排他性的身份,而是普世的学习机会。
教育从来不是一场族群的竞赛,而是一项良心的事业。
在这个多元社会里,学校的高度,取决于它能为多少孩子点亮未来,而不是它属于哪一个族群。
学校为孩子存在,而不是为族群而存在。
这不是妥协,而是教育最坚定、也最崇高的立场。
Sekolah
Wujud Demi Kanak-kanak, Bukan Demi Kaum
Baru-baru ini, sebuah laporan mengenai
sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Muar yang mempunyai seramai 22
orang murid — kesemuanya daripada komuniti Orang Asli dan tanpa seorang pun
murid berbangsa Cina — telah menarik perhatian masyarakat. Ada yang melahirkan
kebimbangan terhadap masa depan pendidikan Cina, manakala ada juga yang
menganggapnya sebagai tanda kemerosotan sekolah vernakular. Namun, jika
perbincangan hanya tertumpu kepada persoalan “ada atau tiadanya murid Cina”,
kita mungkin telah terlepas pandang persoalan yang lebih asas: apakah tujuan
sebenar sesebuah sekolah diwujudkan?
Hakikatnya, pendidikan tidak seharusnya
ditentukan oleh kaum, tetapi oleh keperluan kanak-kanak. Di mana adanya
kanak-kanak yang memerlukan pendidikan, di situlah perlunya sebuah sekolah.
Sejak sekian lama, SJKC dianggap sebagai
institusi penting dalam pemeliharaan bahasa dan budaya masyarakat Cina, dan
perkara ini tidak dapat dinafikan. Namun, dalam realiti masyarakat yang
sentiasa berubah — dengan fenomena penghijrahan penduduk dan pengurangan
populasi di kawasan luar bandar — sekiranya nilai sesebuah sekolah hanya diukur
berdasarkan “komposisi kaum”, maka kewujudannya pasti semakin terancam.
Fenomena yang berlaku di SJKC Pei Chai,
Muar sebenarnya membuka ruang untuk kita bermuhasabah. Apabila sebuah sekolah
Cina tetap teguh meneruskan operasi walaupun tanpa murid Cina, serta mendidik
kanak-kanak Orang Asli dengan penuh dedikasi, hal ini merupakan manifestasi
paling tulen terhadap semangat pendidikan yang sebenar.
Bahasa ialah medium pendidikan, bukannya
tembok pemisah. Dalam konteks ini, bahasa Cina
tidak lagi menjadi simbol eksklusif sesuatu kaum, sebaliknya berfungsi sebagai
alat untuk membantu kanak-kanak memahami dunia, memperluas pengetahuan dan
membina keyakinan diri. Melalui pendidikan, sekolah memberi peluang kepada
murid-murid ini untuk mengubah masa depan mereka — inilah inti pati pendidikan
yang paling murni dan wajar dihargai.
Jika sesebuah sekolah hanya diwujudkan demi
satu kaum, maka apabila bilangan kaum tersebut berkurangan, sekolah itu juga
akan lenyap. Namun, jika sesebuah sekolah diwujudkan demi kanak-kanak, maka
tanpa mengira latar belakang, asal-usul atau bahasa ibunda muridnya, sekolah
tersebut akan terus relevan dan diperlukan.
Nilai sebenar pendidikan Cina bukan
terletak pada berapa ramai yang “dipertahankan”, tetapi pada berapa ramai
kanak-kanak yang berjaya diterangi masa depannya. Apabila sekolah Cina
membuka pintu kepada murid daripada pelbagai latar belakang, apa yang
dipertahankan bukanlah label kaum, tetapi prinsip pendidikan; apa yang
diwariskan bukanlah identiti eksklusif, tetapi peluang pembelajaran yang
bersifat sejagat.
Pendidikan bukan medan persaingan antara
kaum, sebaliknya satu amanah berlandaskan nurani dan tanggungjawab. Dalam
sebuah masyarakat majmuk, ketinggian sesebuah sekolah diukur bukan
berdasarkan kaum yang diwakilinya, tetapi sejauh mana ia mampu menerangi masa
depan kanak-kanak.
Sekolah wujud demi kanak-kanak, bukan
demi kaum. Ini bukan satu bentuk kompromi, tetapi
pendirian pendidikan yang paling tegas dan paling mulia.
