Dr. Mahathir mantapkan Yayasan Kepimpinan Perdana

 Dr. Mahathir mantapkan Yayasan Kepimpinan Perdana

Oleh NORAINI ABDUL RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)

"INI yayasan untuk semua Perdana Men-teri bertujuan buat satu rekod tentang semua sumbang an Perdana Menteri lalu, buat kajian dan lain-lain," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai penu-buhan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, baru-baru ini.

Terletak di pinggir Tasik Putrajaya, di Presint 7, Yayasan yang ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta itu mempunyai keu-nikan tersendiri. Petunjuk jalan asal ke tempat berkenaan menamakan bangunan tersebut sebagai Perpustakaan Putrajaya.

Sebaik sampai di pekarangan bangunan seluas 5,110 meter persegi itu, perkataan Yayasan Kepimpinan Perdana jelas tertera di bahagian hadapan pondok pengawal di bangunan berkenaan. Tanpa kehadiran lain-lain bangunan di sekeliling kompleks tersebut, Yayasan Kepimpinan Perdana kelihatan begitu eksklusif dan suasana aman bersesuaian dengan fungsi kompleks tersebut sebagai tempat membuat rujukan serta penyelidikan.

Idea menubuhkan yayasan yang julung-julung kali diadakan di negara ini dice-tuskan oleh 26 individu yang mewakili ba-dan korporat dan sektor swasta.

Seawal 12 bulan lalu, konsep Yayasan Kepimpinan Perdana telah dilakar oleh kumpulan berkenaan sehingga menjadi sa-tu realiti dan dirasmikan oleh Dr. Mahathir, kelmarin.

Sememangnya usaha tokoh-tokoh korpo-rat menterjemahkan impian kepada satu realiti dikagumi oleh Dr. Mahathir sendiri sementelah yayasan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Petronas, Tan Sri Azizan Zainul Abidin itu adalah untuk semua tokoh yang telah banyak memberi sumba-ngan kepada pembangunan negara.

Di antara ahli Lembaga Pemegang Ama-nah serta pencetus penubuhan Yayasan berkenaan ialah Pengarah Urusan YTL, Tan Sri Francis Yeoh dan Pengerusi Kum-

KOMPLEKS Yayasan Kepimpinan Perdana yang terletak di Presint 8, Putrajaya.

pulan IOI, Tan Sri Lee Shin Chen. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz merupakan salah seorang anggota Majlis Eksekutif yayasan yang ditubuhkan anta-ranya bagi memulihara pemikiran serta hasil kerja Dr. Mahathir supaya dapat di-manfaatkan oleh semua pihak.

Bersesuaian dengan nama serta fungsi kompleks tersebut, Yayasan Kepimpinan Perdana akan menjadi institut pemikiran dan sumber rujukan utama mengenai to-koh-tokoh serta para pemimpin negara.

Jika sebelum ini telah diwujudkan pusat rujukan yang berkisar kepada riwayat hi-dup serta sumbangan pemimpin tertentu sahaja seperti Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Tun Abdul Razak, yayasan yang memuatkan pelbagai kemudahan ini menawarkan konsep berbeza.

Semua maklumat mengenai bekas Perdana Menteri serta tokoh-tokoh yang mem-

beri sumbangan membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kini dikenali di arena antarabangsa akan diletak di ba-wah satu bumbung. Pastinya pelbagai pi-hak terutama pelajar institut pengajian tinggi akan mendapat manfaat yang besar daripada penubuhan yayasan ini.

Di peringkat awal, bangunan dua tingkat itu memulakan operasinya dengan menem-patkan pejabat Dr. Mahathir di tingkat atas bangunan.

Rujukan

Ia yang ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta akan menjadi pusat sehenti penye-lidikan dan rujukan mengenai negarawan Malaysia terutama bekas-bekas Perdana Menteri.

Sebagai sebuah yayasan yang ditubuh-kan atas inisiatif pihak swasta, para ang-

gota Lembaga Amanahnya pasti terdiri daripada wakil-wakil syarikat swasta yang terlibat dalam menjayakan penubuhan yayasan tersebut.

Difahamkan, selain kegunaan para pe-nyelidik luar, yayasan itu juga akan mem-buat penyelidikan dan kajiannya sendiri berhubung sesuatu isu berbangkit sama ada dari dalam atau luar negara.

Tinj auan Utusan Malaysia mendapati, bangunan yayasan itu yang dihiasi dengan landskap menarik, turut menempatkan pelbagai cenderamata yang diterima oleh Dr. Mahathir.

Tingkat atas bangunan itu menempat-kan pejabat bekas Perdana Menteri meng-hadap ke Tasik Putrajaya di samping bilik mesyuarat serta bilik pentadbir yayasan itu.

Selain pejabat bekas Perdana Menteri, bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana

turut menempatkan auditorium yang di-lengkapi dengan 170 tempat duduk, bilik persidangan yang mampu memuatkan 160 orang serta kemudahan perpustakaan un-tuk penyelidikan.

Dr. Mahathir ketika diminta mengulas mengenai pejabat barunya itu menegaskan bahawa Yayasan berkenaan adalah untuk semua Perdana Menteri dan beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam yaya-san berkenaan.

Bekas Perdana Menteri turut memberi-tahu bahawa beliau akan hadir ke Yayasan berkenaan untuk membuat penyelidikan terutama ketika menyediakan teks uca-pan.

Dr. Mahathir yang terkenal kekuatan mental dan fizikal itu ternyata tidak betah duduk di rumah bagi mengisi hari-hari per-saraannya dan melahirkan rasa syukur kerana diberi kemudahan pejabat di ba-ngunan yayasan itu untuk beliau bekerja.

Semestinya harapan Dr. Mahathir su-paya yayasan tersebut tidak hanya mem-fokuskan kepada sumbang an serta pera-nannya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri sebaliknya yayasan itu perlu mempelbagaikan bidang bahan rujukan serta cabang penyelidikannya.

Seperkara yang menarik mengenai kom-pleks Yayasan Kepimpinan Perdana ini ialah ia bukan sahaja terbuka kepada pe-nyelidik malah orang ramai berpeluang membaca bahan bacaan yang ditulis oleh Dr. Mahathir apabila perpustakaan di ya-yasan berkenaan dibuka kelak.

Turut dipaparkan bahan penerbitan ser-ta buku-buku yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri itu ketika membuat pe-nyelidikan pelbagai topik terutama menge-nai Islam, sains dan teknologi.

Buku-buku berkenaan adalah sebaha-gian daripada koleksi peribadi Dr. Mahathir dan kini ditempatkan di bawah bumbung perpustakaan berkenaan. Perpusta-kaan yang terletak di tingkat bawah kom-pleks yayasan berkenaan menghimpunkan buku-buku serta teks ucapan bekas Perdana Menteri itu.