Dr. Mahathir rasmi Pustaka PUTRAJAYA 29 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini merasmikan pembukaan Pustaka Perdana yang menempatkan kolek-si dokumen pelbagai bentuk mengenai riwa-yat, dasar dan wawasan bekas Perdana Menteri Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana, dekat sini. Pustaka Perdana merupakan salah satu daripada projek Yayasan Kepimpinan Perdana yang mengumpulkan pelbagai rekod tentang sumbangan-sumbangan dari segi ekonomi, sosial dan pembangunan politik negara yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang lepas. Koleksi tersebut merangkumi buku, monograf, catatan bersiri dan rencana, petikan akhbar, rekod suara dan petikan video, uca-pan, syarahan, temuramah, filem, gambar, puisi, ulasan, transkrip dan kertas-kertas polisi negara. Kesemua bahan tersebut adalah untuk sumber rujukan bagi penyelidik, penulis dan mereka yang berminat untuk mengetahui dasar dan pendekatan Perdana Menteri Malaysia dalam usaha mereka membentuk dan mencorakkan pembangunan negara i...