Dr. Mahathir rasmi Pustaka

 



Dr. Mahathir rasmi Pustaka

PUTRAJAYA 29 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini merasmikan pembukaan Pustaka Perdana yang menempatkan kolek-si dokumen pelbagai bentuk mengenai riwa-yat, dasar dan wawasan bekas Perdana Menteri Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana, dekat sini.

Pustaka Perdana merupakan salah satu daripada projek Yayasan Kepimpinan Perdana yang mengumpulkan pelbagai rekod tentang sumbangan-sumbangan dari segi ekonomi, sosial dan pembangunan politik negara yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang lepas.

Koleksi tersebut merangkumi buku, monograf, catatan bersiri dan rencana, petikan akhbar, rekod suara dan petikan video, uca-pan, syarahan, temuramah, filem, gambar, puisi, ulasan, transkrip dan kertas-kertas polisi negara.

Kesemua bahan tersebut adalah untuk sumber rujukan bagi penyelidik, penulis dan mereka yang berminat untuk mengetahui dasar dan pendekatan Perdana Menteri Malaysia dalam usaha mereka membentuk dan mencorakkan pembangunan negara ini.

Pada majlis pelancaran tersebut, bekas Perdana Menteri itu diiringi oleh isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Tokoh

Antara yang hadir ialah Pengerusi Perba-danan Putrajaya, Tan Sri Azizan Zainul Abidin serta tokoh-tokoh korporat seperti Pe-ngerusi AMFB Holdings Bhd., Tan Sri Azman Hashim dan Pengarah Urusan Country Heights Holding Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew.

Pustaka Perdana menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya akses online, pin-jaman secara online dan melalui kaunter, penghantaran elektronik, penyebaran mak-lumat secara selektif, perkhidmatan maklu-mat dan penyelidikan.

Ia turut mempunyai jaringan dengan per-pustakaan Universiti Malaya (UM) dan British Library Document Supply Centre di England.

Borang-borang permohonan untuk keahli-an dan bahan antara perpustakaan boleh diperoleh melalui laman web http://lib-rary.perdana.org.my:800〇.

Sementara itu, dalam ucapannya, Azizan berkata, bagi memastikan projek-projek di bawah Yayasan Kepimpinan Perdana terus berjalan, pihaknya akan menubuhkan satu bentuk pembiayaan yang dapat menjamin punca kewangan yang berterusan.

Menurutnya, ia dijangka dilancarkan apa-bila Yayasan Kepimpinan Perdana dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun ini.

Beliau memberitahu, dengan cara itu akan memberi peluang kepada pihak yang ingin terlibat dalam projek tersebut untuk membuat sumbangan bagi menambah pun-ca kewangan yayasan.